Aduh! Sakit kelapa sering mengganggu kehidupan anda? Setiap orang tidak terlepas dari penyakit ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir cara untuk menghilangkannya tanpa mengambil ubat? Nah, di sini ada caranya seperti dipetik dari Sirap Limau.
Bagaimana nak hilangkan sakit kepala tanpa ubat? 1) Limau Kasturi Guna limau kasturi? Ya, caranya adalah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada kepala anda sambil mengurut di bahagian yang dirasakan sakit. Eh, kulitnya jangan dibuang dulu! Campurkan kulit limau ke dalam bekas berisi air sebelum dijiruskan ke badan dan kepala. Cubalah, mana tahu ia mungkin berkesan. 2) Pek ais atau kain basah Letakkan pek ais di kepala selama lima belas minit ketika berbaring. Anda mungkin akan berasa sedikit kebas, tetapi rasa sakit kepala akan berkurangan kerana ia dapat mengecutkan saluran darah, seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke kepala bagi mengurangkan tekanan. Cubalah ya! Mujarab barangkali? 3) Air panas Rendam kaki anda di dalam bekas berisi air panas selama tiga puluh minit. Dengan cara ini, ia dapat menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan juga mengurangkan tekanan di kepala. Jika anda acap kali mengalami sakit kepala teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Semoga info ini bermanfaat. - CARI |
9
Bagus |
12
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ariean replied at 19-1-2018 11:40 PM
thanks.. x tau plak ade petua yg senang..
blh la try nnti.
selama ni terpaksa mkn ubat penahan sak ...
friedfishsoup replied at 20-1-2018 10:57 PM
cuba makan pisang, epal hijau
estrelle replied at 16-1-2018 08:47 PM
I memang tak suka makan ubat.Kalau pening ketuk halia dan masuk dlm segelas air panas then minum.San ...
ADVERTISEMENT