CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Update Status Di Laman Sosial Mungkin Petanda Riak?

11-1-2018 01:03 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6911| Komen: 18|Original author: Oleh: Amiey

Riak atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri pada umum merupakan salah satu perkara yang mendatangkan dosa yang mungkin ramai tidak sedar. 



Laman sosial misalnya, merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan kelebihan diri berbanding dengan orang lain. 

Malah, ada yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk berlumba-lumba menunjukkan kekayaan masing-masing. 



Bagaimanapun, kadang-kadang ada yang tanpa sedar perbuatan mereka boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri dan menganggap ianya perkara yang biasa sahaja. 


Berikut merupakan antara perkara yang biasa dibuat namun tanpa sedar ianya menimbulkan perasaan riak:

Puji anak berlebihan
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

Bersyukur tak habis-habis


Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update:"Alhamdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah".Sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan heboh dekat laman sosial.

Check in hospital mahal
Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

Tunjuk kereta mahal


Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya: "Teruk jam jalan hari ni"
Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

Shopping


Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak "Letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni"
Tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

Serba baru
Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila jaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la!

Muka lawa


Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Kesimpulannya,hati-hatilah apabila memuat naik status atau gambar di laman sosial, kerana mungkin tanpa sedar kita mendapat dosa kerananya.

Bersederhana dan merendah diri adalah lebih baik. Bukan sahaja dibenci oleh orang, malah turut mendapat dosa. Hidup ini janganlah terlalu mengharap pada pujian orang semata-mata. 

Sama-samalah kita bermuhasabah diri, ya! -CARI
15

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 11-1-2018 02:56 PM
Alhamdulillah..

buat masa ni sy xpernah lagi update status mcm kategori2 di atas lagi..sbb maybe faktor umur makin meningkat..nk update status pun malas..selalu tgk kwn2 je la..

pastu dlm hati komen mcm bagus je dia ni..nk show off la tu..hahahaa..
Quote ninjago 11-1-2018 03:13 PM
zaman nie rata2 dah tak amik peduli pun riak, ujub, takbur semua tu.. cos it's already in the trend..atas dasar 'Share'. and bila buat tu pun dah takde rasa berdosa or apa2..bila ditegur, melenting.. dah gitu caranya, doakan je la semoga beroleh hidayah Allah..
Quote krustykrab 11-1-2018 03:49 PM
ada yg selfie, tau la comel jelita, pastu bila ada jantan kacau, meggelabah pulak up status dah kawin anak sedozen....sapa suruh awk up gambo selfie yg mengundang
Quote diss69 11-1-2018 03:51 PM
lolita737: Alhamdulillah..buat masa ni sy xpernah lagi update status mcm kategori2 di atas lagi..sbb maybe faktor umur makin meningkat..nk update status pun mala ...

Mcm akk pulak rasa nk post kt ig/fb tp ishh malu lak rasanya...mngkin laa fktor usia..{:run
Quote L_Z 11-1-2018 04:00 PM
KO org kaya.. Pastu selfie..  Tayang muka ja.body xberani sebab mcm beruang.. Pastu edit.. Yg makcik makcik pprt pakat puji comel ja.. Kembang bontot yg selfie tu.
Cuba KO xkaya.. Xcantik atau cantik  xder nya org nak puji KO cantik hakikatan muka KO lebih cantik daripada tepung gomak\mata Korean hijau brown fake tu...
Quote L_Z 11-1-2018 04:02 PM
Rata Rata yg jumpa selalu nya make up berkilo mcm tepung gomak + fake eye.. Contact lens..
Time cuti sekolah\raya brrduyung balik kampong.. Choiii
Quote SepatUngu 11-1-2018 04:23 PM
penyakit zaman skrg..ni la bahana socmed
Quote alesandra 11-1-2018 09:26 PM
haha...ada ke org reply komen mmg tak lawa pun....
Quote yangsemb 11-1-2018 09:31 PM
Some ppl likes to boast...so dengan adanya medsoc ni hapa lagi....hapdet segala aktiviti, pictures yg boleh meng-upkan dirinya itew, kalau idok mane org nak tahu wehhhh
Quote Deidra 12-1-2018 06:20 AM
Nak menunjuk apa sangatnyer,bukan hak mutlak pun.barang pinjammmmm.esok2 Dia tarik amek jugak
Quote salmon-suki 12-1-2018 09:33 AM
Tambah lg tt,bila dah kahwin,24jam updet status psl bahagianya kahwin..
Dpt bf/gf updet psl relay kekal till jannah..koserrrrr
Quote Kambeng_Gurun 12-1-2018 09:56 AM
Ada kawan ai semalam update status tanya pasal nak beli kereta..
tak sure nak beli brand A ke brand B..(dua-dua kereta ni brand jepun)
so, ada laa yang suggest beli la brand sekian-sekian (either A or B)..
lepas tu kawan ai ni pulak reply katanya duit pun nak kena "power" jugak (tak berapa nak mampulah)

hurmmmmmmmmm...
kalau duit mmg dah "power", bolehlah pilih nak brand A ke, brand B ke and so on..
ini tidak, pitih pun tak power mana..dah dicanangnye ke fesbuk..
Quote Artemesiaa 12-1-2018 12:25 PM
Betul tu penyakit riak dah makin menjadi2 sekarang dah macam penyakit keturunan jadinya
Quote naina 12-1-2018 12:58 PM
Kan. Sampai i pon keliru dia ni kategori riak ke apa ek. Hari2 up pasal suami baik, rajin, setia, duit kepuk2, tayang kereta honda, holiday, jalan2. Yela taula founder sesuatu produk tapi selingan status tu setiap jam alahai.. Sesak dada mmbcanya.
Quote Jorja 23-2-2018 10:47 PM
Pernah tak tengok acc socmed anak anak druglords? Omg dia punya show off tu sampai mcm nak buat orang bunuh diri aja. Padahal realitinya mewah pun sebab bapa jual dadah. Nasib baik lah aset tak kena beku
Quote MarryPottet 24-2-2018 02:16 AM
Konon nak show off drive beemer tapi soping kat mydin jek
Alang alang nak riak tu, pi lah soping kat  premium grocer
Kat kontan kan dah ada jaya grocer, yg aku predict bakalan bungkus in less than 2 years time
Quote rogayahtop 24-2-2018 07:32 AM
post kutip pahala je ni. post2 mcm ni ramai la yg mengumpat kat blkg2 kan. kadang2 tu tak berniat pun nak riak. mcm stgh2 kawan akak yg berduit tu dah mmg suka gadget so post fitbit la apple watch punyer accessories nak kongsi2 info tu pun ada org tanya akak pakai berapa jam sekali? hellooo...fitbit tu brp je pun. apple watch tu bg org gaji lebih sikit tak mahal mana pun.

kalau yg duk condo tu kadang2 nak post pic dgn famili dlm rumah pun pikir 2/3 kali takut org cakap riak padahal dah mmg rete sendiri.

takyah la duk pikir motif org lain je. kalau post selfie kat sejadah pakai telekung pun org dok cakap macam2.

tu yg dok berkumpul2 ramai kat siakap keli ke forum cari ke instagram ke follow retis n lgbt dok berangan berdakwah padahal mengumpat.
Quote shafashuha 26-2-2018 09:45 AM
salmon-suki replied at 12-1-2018 09:33 AM
Tambah lg tt,bila dah kahwin,24jam updet status psl bahagianya kahwin..
Dpt bf/gf updet psl relay k ...

dekat socmed tayang bahagia cinta sampai syurga...dekat umah tengking2 suami ...realiti depan mata...hmmm

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top