Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyifatkan peningkatan kes pelajar mengancam guru adalah disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan anak. Oleh itu, mereka menggesa ibu bapa untuk tidak terlalu beri muka kepada anak.
Harian Metro melaporkan, PIBG Sekolah Kebangsaan Mahang, Kedah sangat menyokong tindakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan 23 Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga ketika berurusan dengan guru dan pentadbiran sekolah. “Panduan ini penting bagi mengelak guru dipersalahkan dan diancam pelajar seperti terjadi dalam kes yang kini masih dibicarakan di mahkamah.
“Pendapat saya, setiap guru yang memukul pelajar mesti bersebab. Ibu bapa jangan mudah percaya kepada anak mereka, datang ke sekolah dan berbincang dengan guru atau pengetua,” kata Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Mahang, Kedah Abdul Rashid Abdul Rahman. Abdul Rashid menyeru ibu bapa untuk hadir perjumpaan PIBG di sekolah supaya isu berbangkit dapat diselesaikan. “Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang, perlu difahami, ibu bapa perlu menyelesaikan setiap isu anak mereka di sekolah dengan bersemuka dan berbincang,” katanya. Dalam masa sama, YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul Fazzly Isma Abdullah berpendapat nilai moral pelajar semakin merosot. “Peningkatan kes pelajar ancam guru menunjukkan semakin kurangnya nilai moral pelajar pada masa kini dan situasi ini membimbangkan pendidik dan menggusarkan ibu bapa. “Melalui pengalaman saya bersama PIBG sekolah sejak 11 tahun lalu, tidak dinafikan masalah pelanggaran disiplin secara tidak langsung berpunca daripada pelajar. Segelintir ibu bapa zaman sekarang memang memanjakan anak dan terlalu mendengar cerita dan suka bertindak sendiri. “Saya setuju 23 syor NUTP itu wajar didengar memandangkan situasi terkini semakin parah dengan meningkatnya kes antara guru dan pelajar,” katanya. - CARI
|
makita replied at 11-1-2018 03:38 PM
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pela ...
makita replied at 11-1-2018 03:38 PM
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pela ...
Zaman dulu..cikgu lempang..denda atas kerusi...kene campak buku..kene malukan di perhimpunan....pelajar telan je...kalu ngadu kt mak bpk....kompom kene sebijik pelempang sbb ko nakal bla bla bla
Zaman sekarang...pelajar yg dulu2 kene denda lempang tu semua da jadi mak bapak....jadi.....pembentukan sikap tu da terjadi dari zaman dulu....maka terhasillah dialog 'sapa lempang ank aku....aku lempang dia laju laju'
Jorja replied at 12-1-2018 12:31 AM
Please lah suruh anak anak y'all banyak kn membaca d rumah. Bukan main henpon aja. Budak budak skran ...
~boolean replied at 11-1-2018 05:08 PM
"Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang"
Selalunya yang tak datang tu lah ...
Z77 replied at 12-1-2018 12:47 PM
sekolah rendah anak aku ada tahun.nak2 semasa pemilihan suka je buat mesyuarat pibg masa petang le ...
~boolean replied at 12-1-2018 01:51 PM
Tak pernah lagi aku dengar mesyuarat pibg waktu bekerja...selalunya cikgu yang kemain bersungguh r ...
kasihantam replied at 11-1-2018 04:57 PM
cikgu pun sama, anak terlebih
lagi2 yang satu sekolah dgn mak pak dorang
kerek semacam je
ADVERTISEMENT