Salman Khan menerima ancaman bunuh daripada seorang ketua gangster Punjabi yang dikenali sebagai Lawrence Bishnoi pada 5 Januari lalu. Berikutan ugutan tersebut, Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahhkamah kerana mengeluarkan kenyataan untuk menamatkan riwayat Salman di Jodhpur, India. India today melaporkan, gangster tersebut sebelum ini sudah mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk 20 kes cubaan membunuh, menculik dan memeras ugut. "Salman Khan akan di bunuh di sini, di Jodhpur, kemudian dia akan mengetahui tentang identiti kita yang sebenar," kata Bishnoi. Tambahnya dia juga boleh melarikan diri dari tahanan polis pada bila-bila masa sahaja yang dia mahukan. "Saya akan melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa yang saya mahu tetapi saya tidak dapat melarikan diri dari penjagaan tidak lama lagi." Tidak dapat dipastikan kenapa Slaman mahu dibunuh namun ada dakwaan yang menyatakan ia berkaitan dengan satu kes sekitar Oktober 1998 di mana aktor Bollywood itu dikaitkan dengan pemburuan Black Buck. Pesuruhjaya Polis, Ashok Rathore berkata, pihaknya telah memperketat kawalan keselamatan untuk pelakon itu. "Kami sangat berhati-hati dengan ancaman bunuh yang dilakukan oleh gangster tersebut terhadap Salman Khan. "Kami telah memperketatkan kawalan keselamatan untuk beliau," katanya. -CARI |
17
Bagus |
7
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kroit92 replied at 11-1-2018 04:01 PM
tengok gangster yang kena escort tu ade rupa
ke ni gimik untuk pilem baru diorang ?
royaldanish replied at 12-1-2018 06:08 AM
mcm tak logik je ketua gangster semuda dlm gambar tu
ADVERTISEMENT