CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ais Kepal Milo Pekat Cuma Di Perak – Terpaksalah Ke Sana Demi Mencuba Menu Tular

12-1-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23487| Komen: 31|Original author: Oleh: Azza Rai




Masa di sekolah, mencabar sentiasa!
Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga!


Mesti ada yang terikut menyanyi lagu iklan Milo ini.
Begitu powerful nya minuman bertenaga ini untuk rakyat Malaysia sejak berzaman.

Sebab itu lah, pelbagai resipi dicipta yang menggunakan serbuk koko yang sedap ini.
Antaranya ialah puding milo, agar-agar milo, kek milo, brownies milo dan macam-macam lagi.

terliur sudah
Terbaru lagi tular - ais kepal yang menjadikan Milo pekat sebagai topping.
Wow! Dengar sahaja pun dah macam melekat rasanya di tekak.

Di mana?
Ada tiga tempat yang menawarkan menu ini iaitu di Kuala Kangsar dan Taiping.

begitu caranya - klasik sangat


sanggup beratur panjang

1) Ais Kepal Milo Pekat Leleh Kome, Kuala Kangsar
Bertempat di sebuah gerai, ais kepal dengan topping serbuk Milo menjadi sebutan.

Setiap ais kepal akan dituangkan bancuhan Milo yang pekat serta mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.

Dengan harga sebungkus RM4, anda bukan sahaja menikmati keenakan ais kepal ini malah memberi memori indah anda ketika melancong di Kuala Kangsar.

Setiap hari, pengunjung semakin bertambah dan perlu beratur panjang. Jadi terpaksalah anda ikut sama kan?

ditambah dengan aiskrim vanilla

tambah lagi 'sprinkle rice'
2) Warung D’Bukit, Ibol, Taiping
Berbezanya ais kepal milo ini ialah dihidang bersama aiskrim vanilla kemudian ‘disimbah’ dengan coklat cair.

Memang terasa koko yang lazat. Budak-budak pasti sangat menyukainya.

paling ringkas tapi kekal sedap
3) Ais kepal milo leleh, Padang Tekah, Taiping
Paling ringkas antara ketiga-tiganya. Cuma ais kepal yang ditabur dengan milo sebagai topping. Sedap dihirup atau diratah begitu sahaja.

Eh! Kenapa semua tempat ini di Perak? Tapi kalau dah teringin nampaknya memanglah harus ke sana untuk menikmati menu viral ini. - CARI 

23

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 12-1-2018 11:30 AM
Pastu kena kencing manis. Potong kaki xleh kerja. Mintak bantuan jkm n masuk bersamamu.
Quote vanillaninja 12-1-2018 11:31 AM
Sedapnya! Dah la I peminat Milo.
Quote prettyuglybabe 12-1-2018 11:50 AM
dulu suka ratah milo..
nasib baik dah boleh berhenti
Quote kucingitam 12-1-2018 12:39 PM
tgk coklat tu rasa muak lak tetiba..
Quote myakayina 12-1-2018 12:44 PM
prettyuglybabe replied at 12-1-2018 11:50 AM
dulu suka ratah milo..
nasib baik dah boleh berhenti

sama la kita babe..tapi skrg dah takde dah tabiat tu.. dulu suka letak milo topping ice cream ..or mkn mcm tuje..lps tu kena sembelit..
Quote indenial 12-1-2018 12:50 PM
Sedapnyaa! Buat sendiri jelah. Xgigih nk g cari
Quote prettyuglybabe 12-1-2018 12:59 PM
myakayina replied at 12-1-2018 12:44 PM
sama la kita babe..tapi skrg dah takde dah tabiat tu.. dulu suka letak milo topping ice cream ..or ...

tu la.. dulu sehari tak ratah tak puas rasa..
sekarang dapat bila minum milo dinasor je..
tu pun sekali sekala
Quote kiambang 12-1-2018 01:10 PM
Dulu dulu suka milo .. bila umur bertambah kopi o pilihan di hati ..
Quote moonbug 12-1-2018 01:14 PM
Milo byk gula oi. Oklah minum sesekali
Quote pinkpunk 12-1-2018 01:29 PM
confirm berak keras..
Quote MayaDelaRosa 12-1-2018 02:23 PM
Ni boleh kena kencing manis tahap kronik trus ni..haha
Quote masmelon 12-1-2018 04:14 PM
sedapnyaaaaaaaa
Quote chinta89 14-1-2018 11:32 AM
iols suke milo.. yumm yum...
Quote zafira 12-2-2018 03:55 PM
kat keramat au 3 ada satu gerai ais kepal... x ingat nama gerai (john ke johnny).. tu tapi punya ramai customer... aku kedai2 gini kurang berminat nak pergi.. takut overrated aje...
Quote biskutsusu 14-2-2018 10:33 AM
zafira replied at 12-2-2018 03:55 PM
kat keramat au 3 ada satu gerai ais kepal... x ingat nama gerai (john ke johnny).. tu tapi punya ram ...

memang selalun ya overrated
pastu bila dah rasa, nyesal jalan jauh jauh sebab nak cari
hambar
Quote sivalan 14-2-2018 05:49 PM
sape2 yang suka sangat kena tengok ni.

https://youtu.be/Fq5mllqCA-w

dah tengok? dah ke belum?

hahaha

korang judge la sendiri. memang milo sedap
Quote MummyHayam 14-2-2018 06:10 PM
sivalan replied at 14-2-2018 05:49 PM
sape2 yang suka sangat kena tengok ni.

https://youtu.be/Fq5mllqCA-w

Dah mummy dah tengok. Mummy pun dengar cerita kenapa issues Milo ada kandungan tinggi ? Sebenarnya makanan tu takde masalah pun. Cara you guys masak menjadi masalah. Sapa suruh buat milo tambah susu and gula lebih? Hahaha
Quote MummyHayam 14-2-2018 06:12 PM
chinta89 replied at 14-1-2018 11:32 AM
iols suke milo.. yumm yum...

Milo memang sedap dik. Tapi ingat jangan lah tambah gula itu ini. Tambah manis nanti. Takkan masih muda nak kena gantung kaki?
Quote zira25 14-2-2018 07:29 PM
MummyHayam replied at 14-2-2018 06:12 PM
Milo memang sedap dik. Tapi ingat jangan lah tambah gula itu ini. Tambah manis nanti. Takkan masih ...

masalahnya org malaysia ni mmg suka tambah jadi pelik2.tu dapat penyakit macam.tambah gula la ape la.ais tu pon aku dah boleh rasa betapa manis gila.kalau mnum yg biasa xde mslh pon.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.107688 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top