Dalam dunia serba canggih dan segalanya di hujung jari kini, memang generasi muda lebih cepat matang dan berfikiran luas seperti usahawan wanita cilik yang masih bersekolah ini.
Dia mengambil kesempatan untuk menjual tudung sekolah secara dalam talian di laman Instagramnya (IG). Walaupun masih lagi di bangku sekolah, Iman Safiyah (@imxn.safiyah) bijak merebut peluang dengan menjual tudung sekolah di IGnya yang kini mempunyai hampir 300 ribu pengikut. Pendek kata, instafamous usahawan cilik kita ini. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat menjual tudung sekolah. Tetapi, kita perlu ingat tip untuk melariskan barang jualan adalah dengan memenuhi kehendak pelanggan. Jadi, keputusan Iman untuk memasarkan tudung sekolah di bawah jenamanya sendiri adalah untuk memenuhi kehendak pengikut yang juga masih bersekolah. Nampaknya, Iman bukanlah 'main-main' dalam perniagaan online ini kerana di samping akaun IG peribadinya, dia juga mempunyai akaun IG perniagaannya sendiri. Bahkan, dia telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mungkin satu hari ini dia akan sebaris dengan usahawan jelita, Nealofa yang terkenal dengan Nealofa Hijab dan juga Hanis Zalikha yang terkenal dengan produk tudung Cakenisnya. Usaha usahawan cilik ini mendapat pujian daripada ramai netizen dan rata-rata mereka mengatakan, gadis muda ini bijak mengambil peluang yang ada. Syabas, dik! - CARI
|
3
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
husie91 replied at 14-1-2018 12:23 AM
ni budak yg suka acah speaking tu kan hehe to grammar terabur..tp takpela dikk akak suka dgn sifat k ...
EncikRhoma replied at 12-1-2018 04:42 PM
off topic kejap. Kenapa ye aku tengok bbnu sekarang selalu upload gambar conteng muka macam tu? apa ...
evlinne replied at 16-1-2018 02:56 PM
Kadang nak tutup muka buruk atau terbuat ekspresi muka hodoh menyampah jenis suka letak emoji bu ...
ADVERTISEMENT