Apa pandangan anda terhadap mereka yang memakai pakaian tertera ayat kurang menyenangkan? Pasti terasa menjengkelkan, bukan? Apatah lagi sekiranya iklan jenama pakaian terkenal seolah-olah menyindir golongan tertentu. Siapa saja tidak sakit hati! Terbaru, jenama pakaian terkenal H&M menjadi perhatian netizen selepas mengiklankan produk terbaru mereka di media sosial.
Gara-gara foto itu, netizen menganggap syarikat berasal dari Sweden terbabit bersifat rasis. Menerusi gambar, iklan berkenaan menggunakan model kanak-kanak berkulit hitam untuk memperagakan hoodie berwarna hijau. Apa yang mencetuskan kemarahan netizen termasuk beberapa selebriti terkenal adalah kapsyen yang tertera di atas pakaian berkenaan 'Coolest Monkey In The Jungle' (Monyet Paling Berani/Cool Di Hutan). Mereka mengecam sekeras-kerasnya strategi pemasaran produk H&M itu. Menurut CNN, disebabkan isu itu, dua penyanyi rap iaitu G-Eazy (Gerald Gillum) dan Abel Tesfaye yang lebih dikenali sebagai The Weeknd memutuskan untuk menarik diri daripada bekerjasama dengan syarikat terbabit.
Dalam sebuah kenyataan, H&M berkata, mereka memahami tindakan diambil selebriti terbabit dan bersetuju membatalkan perjanjian di antara mereka. Sementara itu, The New York Times melaporkan, syarikat terbabit meminta maaf di atas kesalahan mereka dan menarik semula iklan berkenaan. "Kami juga akan menarik balik semua pakaian (hoodie itu) yang sudah dipasarkan," katanya. Itulah, fikir dulu kesan dan akibatnya sebelum melakukan sesuatu. - CARI |
13
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT