CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ruang Parkir Percuma Untuk Tunggu Penumpang Di KLIA, Elak Sesak..

12-1-2018 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7210| Komen: 22

Berita baik kepada mereka yang sering menunggu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Ini kerana, pengendali lapangan terbang MAHB bakal menyediakan ruang parkir percuma buat mereka ini bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.


Pengarah urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke klia2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

Sebagai langkah penyelesaian, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan long term car park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.


"Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada Projek MMO. - CARI 

2

Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Delfina


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 12-1-2018 06:51 PM
I mmg kecam mereka2 yg tunggu org parked lama2 kat tempat pick-up area tu. Regardless kau tunggu dlm kereta pon. Tetap menyusahkan org lain.
Quote slavehunter 12-1-2018 07:00 PM
I biasa tunggu kat petronas, tapi situ pun penuh jadi terpaksa tunggu luar tepi jalan.
Quote cap_ayam 12-1-2018 07:21 PM
Sementara tunggu kat petronas tu boleh jugak minum2 makan2 dlm tu.
Quote yangsemb 12-1-2018 09:12 PM
Ok laa tu dpt 1/2 hr free{:cryrun
Quote Decaffeinated 12-1-2018 09:42 PM
Sesuatu yg jarang2 berlaku di Malaya.... satu bentuk penyelesaian yg masuk akal dari pihak berwajib...

Quote eLiaD 12-1-2018 10:39 PM
byk je kereta park kt petronas tu ade yg smpi berminggu sbb nk free aku aritu pun dok tggu situ bila flight nk tiba baru gerak klia
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2018 10:49 PM
Bagus la. Dahulu sewaktu saya selalu tunggu kawan tiba di klia...saya tunggu di petronas station bila dia sampai kat luar pintu airport bbaru dia akan call.
Quote armin 13-1-2018 03:54 AM
lasagnaklcc: I mmg kecam mereka2 yg tunggu org parked lama2 kat tempat pick-up area tu. Regardless kau tunggu dlm kereta pon. Tetap menyusahkan org lain.
tak pernah jemput org ke? Org lain nak jemput nak tunggu kat mana lagi dah mmg pihak klia tak sediakan tempat menunggu sebelum ni. Takkan nak parking dlm pulak kalau setakat jemput je. Ingat parking tu murah ke
Quote adm7 13-1-2018 05:59 AM
Aku rasa ni lebih kepada sikap dan mentaliti rkyat Malaysia yang suka ambil remeh semua benda dan tak fikir kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh orang lain.

Banyak kemudahan dah disediakan tapi mentaliti rakyt Malaysia masih mundur ke belakang.

Harap-harap takda spesis selfish dalam forum Cari ni. Didiklah kaum kerabat korang supaya tak pentingkan diri sendiri dan tak menyusahkan orang ramai
Quote mikasa 13-1-2018 06:34 AM
sejak MAB buat  sys baru kat arrival klia1. lagi makin haru.bila mana ada sekor yg park lepas tu tinggal keta..langsung org belakang tak leh gi memana.

Quote moonbug 13-1-2018 04:30 PM
Baguslah juga, takdelah sesak sgt area luar tu lps ni
Quote shamsadis 13-1-2018 05:32 PM
yang park lama2 depan pintu keluar tKLIA tu aku perasan kereta mewah, kalau disaman tu untung besar tu
Quote Konahhh 14-1-2018 12:57 AM
Yayyy akhirnya takdalah sesak petronas..ada dalam 1-2km nak gi petronas dah penuh kete tunggu tepi jalan, macam ada contest apa dah kat petronas tu hehehe
Quote binisupir 14-1-2018 01:57 AM
Tapi still orang tak pegi situ jugak
Quote Orix 28-2-2018 12:59 AM
armin replied at 13-1-2018 03:54 AM
tak pernah jemput org ke? Org lain nak jemput nak tunggu kat mana lagi dah mmg pihak klia tak sediak ...

Kalau mcm tu suruh org yg nak dijemput tu tunggu utk dijemput, bukan kereta yg menunggu utk menjemput smpai dulu tggu berjam2 smpai sesak tempat org nak pick up tu... takpun suruh je org tu naik uber atau teksi yg melambak kt situ.... kalau agak2 nk tggu lama lepastu nak buat scene drama peluk2 cium2 nangis2 bila pick up org sila lah parking di tempat parking yg disediakan... bukan tempat pick up.... sila ubah mentaliti ye...
Quote zetty1978 28-2-2018 01:22 AM
Dh ada tiang2 kt tmpt amik penumpang tu .. plg tinggi 2 minit je blh ada kt situ .. sapa parking tepi2 jln lps tu kompem polis dtg saman .. kalau xde polis pun jgn suka2 ati parking tepi jln sbb ada kamera jugak utk menyaman .. yg tepi jln petronas pun kn clearkn .. sbb bila polis dtg sampai dua tiga motor mmg ko x blh nk lari la dh .. nk parking sila dlm area stesen minyak atau tmpt parking free yg disediakn ni ..
Quote armin 28-2-2018 03:07 AM
Orix replied at 28-2-2018 12:59 AM
Kalau mcm tu suruh org yg nak dijemput tu tunggu utk dijemput, bukan kereta yg menunggu utk menjem ...

Kau ingat uber dgn teksi tu lg murah dr amik sendiri? Lol. Kau kalau balik dr bercuti letih2 kau nak tunggu org jemput kau berjam? cakap tak pk
Quote Orix 28-2-2018 05:31 AM
armin replied at 28-2-2018 03:07 AM
Kau ingat uber dgn teksi tu lg murah dr amik sendiri? Lol. Kau kalau balik dr bercuti letih2 kau n ...

Kalau dah miskin duduk PPRT tak mampu nak bayar uber n teksi, tak mampu bayar parking, tak payah feeling nak naik flight ke sana sini... pegi naik tongkang jah... tak perlu nak selfish kata itu mahal ini mahal bla3 smpai menyusahkan orang...
Quote ekod79 28-2-2018 05:58 AM
Time peak hour, org yg aku jemput tu aku suruh pegi tingkat pelepasan, less sket traffic.....hihi...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.098873 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top