Pasangan baru berkahwin pasti membayangkan momen bulan madu penuh pengalaman menarik, kan? Kalau berduit, pasti boleh ke mana saja dalam dunia. Tapi, kalau bajet tak berapa menentu, apa kata kita tengok destinasi untuk honeymoon yang dekat-dekat saja.
Antara lokasi menarik untuk berbulan madu menurut Trips to Discover: Maldives Negara terkecil di Asia, sesuai untuk pasangan yang gemar berskuba. Anda boleh menyewa banglo terapung di kelilingi alam semula jadi atau tinggal di hotel mewah. Kunjungi ibukotanya, Male untuk membeli-belah kraf tangan. Destinasi ideal berbulan madu untuk pasangan yang sanggup berbelanja demi kemewahan, berbanding destinasi lain di Asia yang lebih murah. Singapura Jika mencari suasana romantis dan kemewahan, anda boleh ke sini. Tempat menarik termasuk taman botanikal, Sungei Buloh wetland, dan Marina Bay yang ada Gardens By The Bay. Puaskan hati dengan berbelanja di puluhan pusat membeli-belah terkenal. Jangan lupa menjamu selera dengan makanan India, Cina, dan Arab. Juga manjakan diri dengan mengunjungi beraneka spa. Pulau Phil Phi, Thailand Merupakan latar untuk filem The Beach, jadi memang menawan tempatnya. Usah ketinggalan melawat Viking Cave, Palong Bay, Maya Bay Sama Bay, dan Koh Phi Phi Leh. Salah satu lagi pulau untuk berbulan madu di Thailand adalah Koh Lipe, kecil dan indah. Koh Samui adalah pulau eksotik yang menjanjikan hiburan malam di sepanjang Pantai Chaweng dan menyelam (scuba diving) dalam air jernih. Malaysia Timur Pasangan yang gemarkan alam semula jadi mesti datang ke sini kerana inilah destinasi hutan hujan dipenuhi pelbagai jenis haiwan termasuk orang utan. Banyak pantai yang masih belum diterokai di Sabah dan Sarawak. Sarawak Cultural Village, pulau-pulau Sabah seperti Mabul punya keistimewaan tersendiri. Kinabatangan Wildlife Sanctuary juga mesti dikunjungi untuk melihat hidupan liar yang hampir pupus. Sapa, Vietnam Sapa merupakan kota raya indah di Vietnam yang bergunung-ganang dan sarat dengan budaya yang pelbagai. Pasar tempatan, ladang orkid dan sawah padi bertingkat-tingkat memukau pandangan. Pantai, pagoda, sungai dan UNESCO World Heritage Sites juga terdapat di sini. Boleh menyusuri Mekong Delta dengan menaiki kapal atau bersiar-siar dengan basikal. Kunjungi Phu Quoc, dengan air terjun mempersonakan dan bolehlah bermandi-manda. Sihanouk, Kemboja Pasangan yang mesra alam akan sukakan destinasi ini yang menitikberatkan penjagaan alam sekitar. Sihanoukville adalah destinasi mewah menjanjikan segalanya yang terbaik jika poket anda tidak kisah berbelanja lebih sikit. Antara tempat menarik adalah Four Rivers Floating Ecolodge dan Sokha Beach Resort. Koh Kong sesuai untuk penggemar gajah dan haiwan liar lain di Cardamom Mountains. Koh Kong hanya 30 minit berbot dari Sihanoukville. Bali, Indonesia Sejak dulu, Bali sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Ada pantai yang mendamaikan, hutan hujan tropika dan budaya mempesonakan. Boleh ikuti safari gajah untuk melihat kuih Tirta Empul. Antara pantai popular adalah Legian, Sanur, dan Bali Selatan. Makan di pantai Jimbaran sambil melihat mentari terbenam pasti menjadi kenangan terindah. Nikmati hiburan malam di Kuta Beach sambil membeli oleh-oleh. Cebu, Filipina Tempat yang indah untuk bercuti bersama pasangan. Air laut tenang dan jernih serta mendamaikan. Anda boleh menaiki kapal untuk mengelilingi dan menikmati pemandangan indah taburan pulau. Kepulauan Palawan juga sesuai untuk pasangan yang ingin melihat gua, berkayak dan snorkeling. Cuaca tropika yang hangat menjanjikan bulan madu yang menarik. Di mana saja pilihan destinasi untuk berbulan madu anda, yang penting mencari keserasian bukan setakat dengan pasangan istimewa masing-masing, tetapi juga kesesuaian dengan bajet. Jangan ikut kata pepatah, Biar papa asal bergaya, okey? - CARI
|
19
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT