CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berita Baik Untuk Student. Nah Senarai Tempat Makan Murah-Murah Di Shah Alam

15-1-2018 01:11 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 8237| Komen: 12|Original author: Oleh: Faizal

Student dan kekangan kewangan tidak dapat dipisahkan. Ada student yang terpaksa mengikat perut demi mencapai apa yang diinginkan dalam pelajaran. Inilah yang dinamakan pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Anda nak jimat? Jom makan di kedai ataupun restoran murah-murah dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik tetapi menyajikan menu-menu yang sedap. Bolehlah andai kata anda nak berjimat. Boleh simpan duit untuk buat perkara lain pula.
 
Senarai kedai makan yang murah untuk student di Shah Alam

1. Nasi Kukus RZ, Seksyen 7

Nasi Kukus RZ ni sememangnya sudah popular d Shah Alam ni. Peminat-peminat nasi kukus berpeluang untuk mencuba nasi kukus bersama ayam goreng mengikut bahagian kegemaran masing-masing. Harganya yang murah dalam lingkungan RM6 sebungkus sudah pasti menarik ramai student untuk singah di restoran ini.

Alamat: Jalan Plumbum AA/7AA, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 8am - 2am (Sabtu hingga Khamis) / 3pm - 2am (Jumaat)
No. Telefon: 013-744 4440




2. Mee Ketam KL, Seksyen 7

Bila dengar makanan launt ni mesti ramai yang berangapan harganya mahal kan? Tetapi tidak di Restoran Mee Ketam KL, Seksyen 7 ni. Bayangkan dengan RM10 sahaja, anda bleh menikmati mee kari ketam dan bihun sup ketam yang sangat sedap. Memang murah kan?
Saiz ketamnya juga boleh tahan besar dan pasti anda akan berasa puas sewaktu menikmatinya. Selain ketam, anda boleh mencuba udang galah, udang harimau, lala dan banyak lagi makanan laut yang lain. Serius best!

Alamat: Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11.30am - 1am (Isnin-Ahad), 5pm-12am (Jumaat)
No. Telefon: 011-37964239



3. Kedai Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya

Peminat masakan Kelantan, anda boleh singgah Kedai Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya. Menu killer Ayam goreng kunyit dimakan dengan nasi panas yang lembut serta ayam dipotong kecil dadu dan digoreng garing, sudah pasti membangkitkan selera anda. Kuah gulai yang dihidang juga memberikan rasa yang sangat menarik bila dimakan bersama sambal belacan. Restoran ini sangat sesuai untuk student kerana satu set Nasi Kak Wok hanyalah berharga RM6 sahaja.

Alamat: Kedai Nasi JJ, No 50, Jalan Opera J U10/J, Taman TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 8.30am – 6pm (Isnin-Jumaat), 8.30am - 3pm (Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 012-685 7674


4. Nasi Bukit Padang Jawa

Buat yang nak makan besar. Anda boleh cuba kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam. Warung makan yang menyajikan masakan panas dan bergoreng dalam saiz XXL memang sangat dikenali dalam kalangan pelajar di sini. Mana tidaknya satu pinggan nasi boleh dikongsi 2-3 orang dan harganya pula dalam lingkungan RM6-RM10 sahaja.

Alamat: 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 5pm - 12am (setiap hari)
No. Telefon: 018-664 6513


5. Pecel Lele Padang Jawa

Satu lagi gerai yang popular di Padang Jawa ialah Pecel Lele Padang Jawa. Kedai makan ini merupakan gerai yang menawarkan makanan indonesia yang murah dan sedap. Yang paling best di sini ialah anda boleh mencedok nasi seberapa banyak yang anda mahu. Konsep sebegini memang la sesuatu yang diminati oleh ramai pelajar. Dengan harga sepinggan pecal ayam RM 4.50 dan pecal lele RM5 sudah pasti sangat murah. Sebab itu lah gerai makan ini sentiasa penuh dengan pengunjung.

Alamat: Lot 617 Jalan Berangan Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11am - 12am (setiap hari)
No. Telefon: 013-636 9781




6. Eat & Repeat, Seksyen 7

Bagi yang nak cuba makan budget bawah RM3 Eat & Repeat, Seksyen 7 tempat yang anda boleh cuba. Bukan sahaja murah, banyak juga pilihan makan yang disajikan. Macam-macam ada. Mee? Nasi Lemak? Soto? Nasi Goreng? Nasi Putih? Semuanya ada!

Alamat: Jalan Plumbum Z 7/Z, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11am - 11pm
No. Telefon: 011-2182 4503

9

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 15-1-2018 01:29 PM
Dl mkn kt kafeteria/DC. Da kt situ je yg ade haha..pusat komersil mana ade lg time tu, tgu psr mlm area flat seksyen 7 je la klu nk mkn lain2. Klu rajin, naik motor bli kfc/mcD.

La ni, sediakan duit je la.
Quote CiliPadiSedap 15-1-2018 01:50 PM
pecel lele padang jawa akak recommendkan makan tgh hari sbb ada kuah untuk hirup. kuah tu xboleh bawa balik sebab resipi turun temurun macam uncle colonel sanders. kuah tu xpekat tp buat hirup pun dah kenyang.

kalau akak makan situ berat akak naik 3kg jadi siapa nak makan situ tolong pastikan bersenam sebab sedap beb.
Quote CardiGans85 15-1-2018 02:13 PM
CiliPadiSedap: pecel lele padang jawa akak recommendkan makan tgh hari sbb ada kuah untuk hirup. kuah tu xboleh bawa balik sebab resipi turun temurun macam uncle col ...


Lg satu sis, sambal hijo..sedap juga..lama sgt da x pi situ. Last p 2010..mcmana x btambah kg, nasi refill free n kuah pun x kena charge dl.
Quote meisapoya 15-1-2018 03:39 PM
Best nye makanan shah alamm
Satu lagi, murni discovery pon besar portion dia
Makan 2 org
Quote MissMamamia75 15-1-2018 05:23 PM
Kat Sek 23  shah Alam ada satu restoran nama The Lanai Place ..hari2 ada nasi bajet + air teh o ais - RM5.50 jer..menu sempoi & sedap - nasi + lauk (ayam/ikan) +sayur + sambal belacan + air

Hari2 menunya bertukar..
Boleh la ke sini kalo nak cuba..
Menu ala carte pun ada..sedap2 smuanya..
Harga reasonable..

#bukantokeykedai #sharingjer
Quote CARI-MAMS 15-1-2018 06:09 PM
MissMamamia75 replied at 15-1-2018 05:23 PM
Kat Sek 23  shah Alam ada satu restoran nama The Lanai Place ..hari2 ada nasi bajet + air teh o ais  ...

kt mana sis nnt nk gi
Quote MissMamamia75 15-1-2018 06:37 PM
CARI-MAMS replied at 15-1-2018 06:09 PM
kt mana sis nnt nk gi

Kat Sek 23 Shah Alam..jln blkg otw ke Aeon Big. Dulu kedai steamboat..dah dimakeover jd Restoran mcm2

http://www.segiseri.com/group/

Wisma Segi Seri, No. 38A, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40000 Shah Alam Selangor, Malaysia
Quote shernazz 16-1-2018 11:35 PM
X cukup murah tu
Adek iols ckp ada kedai kat area seksyen 7 blakang kfc tu murah gila utk.makan tengahari
Students ramai beli situ
Xpasti.brapa rm.tp mmg murah..bawah rm5 rasanya
Quote merrissa 21-1-2018 02:30 PM
shernazz replied at 16-1-2018 11:35 PM
X cukup murah tu
Adek iols ckp ada kedai kat area seksyen 7 blakang kfc tu murah gila utk.makan ten ...

khennnn...x murah lagi tuh....utk makan sekali seminggu tuh ok la..tp kalo hari2 kopak jugak....

betoi kat situ mmg murah..byk pilihan lak tuh
Quote Lilly.june 24-1-2018 01:58 PM
pecel lele memang terbaikkk...murah dan sedap. yang lain tu no komen sbb ade tempat lagi murah
Quote vanillaninja 24-1-2018 02:34 PM
I dulu rajin makan Nasi Kak Wok TTDI Jaya tu. Walaupun memanjang je long queue.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.036522 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top