CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Sahkan Farid Kamil Tidak Pinjam Ah Long

15-1-2018 11:35 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7136| Komen: 26|Original author: Oleh: Suzy

Masih belum reda dengan kisah Farid Kamil yang ditahan polis baru-baru ini. Berikutan tersebarnya laporan polis dan khabar angin yang mengaitkan peristiwa itu dan kaitannya dengan senarai 300 artis yang berhutang daripada ah long, Zed Zaidi tampil memberikan penjelasan. 

Tidak mahu kekusutan melanda Farid berlarutan dan menjadi lebih parah, Zed Zaidi mengesahkan bahawa Farid Kamil tidak termasuk dalam senarai 300 artis yang dimaksudkannya baru-baru ini. 

Akhbar rasmi melaporkan 300 artis berhutang dengan ah long.
"Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka. 


"Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka," jelasnya. 

Dengan maklum balas segera daripda Predsiden Seniman itu, ini dapat merungkai dakwaan samada benar Farid dikatakan diburu ah long dan mengakibatkan berlaku kemalangan kepada dirinya.  

Farid direman kerana sah positif dadah jenis ganja.

Terdahulu, Farid dilaporkan hadir ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya tetapi kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang Ah Long. 

Diana terus menyokong suaminya yang menjadi tumpuan media.
Selepas itu, suami kepada Diana Danielle itu menampar anggota polis di kaunter aduan sehingga ada spekulasi mengatakan Farid mengalami depresi kerana beliau adalah salah seorang daripada artis yang meminjam wang daripada Ah Long. 

Pihak polis kemudian mengesahkan Farid mengambil dadah jenis ganja yang memberikan kesan sampingan sehingga dia bertindak di luar kawalan. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 15-1-2018 12:15 PM
pity this couple...terpaksa lalui this type of public humiliation
Quote sepitsiput 15-1-2018 12:15 PM
pity this couple...terpaksa lalui this type of public humiliation
Quote kakiah12 15-1-2018 12:20 PM
Bg akak dd cantik sgt ya. Akak x paham kenapa dia x dpt offer jd duta products local ke ape yg lebih prefer ambik org mcm ruhainies ke ape yg x brape cantik. Rugi kn?
Quote sepitsiput 15-1-2018 12:22 PM
kakiah12 replied at 15-1-2018 12:20 PM
Bg akak dd cantik sgt ya. Akak x paham kenapa dia x dpt offer jd duta products local ke ape yg lebih ...

sheols ada produk sendiri kan.

lgpun dulu2 sheols dh jd duta mcm2 brand
Quote generalsoap 15-1-2018 12:41 PM
kakiah12 replied at 15-1-2018 12:20 PM
Bg akak dd cantik sgt ya. Akak x paham kenapa dia x dpt offer jd duta products local ke ape yg lebih ...

Sheols dah jadi duta loreal dah couple of years ago kak. Takkan nak downgrade ke produk yg tak berapa nak umph. Skrg ni dia dgn a few artiste jadi duta toyota. Masyuk setahun. Rasa dia bukan ambik produk calang2
Quote kakiah12 15-1-2018 12:47 PM
generalsoap replied at 15-1-2018 12:41 PM
Sheols dah jadi duta loreal dah couple of years ago kak. Takkan nak downgrade ke produk yg tak ber ...

Walaupun downgrade tak penting sis..plg busuk pun ratus ribu jugak dpt kalu dpt jd duta even produk local. Akak rase sbb sheols x brape nk aktif di ig.. tu semua kn penting utk market dr sndr skang.
Quote kakiah12 15-1-2018 12:48 PM
sepitsiput replied at 15-1-2018 12:22 PM
sheols ada produk sendiri kan.

lgpun dulu2 sheols dh jd duta mcm2 brand

Produk ape sis terlalu sendu produk sheols sampai akak pun x tau.
Quote annadonna 15-1-2018 01:01 PM
kakiah12 replied at 15-1-2018 12:20 PM
Bg akak dd cantik sgt ya. Akak x paham kenapa dia x dpt offer jd duta products local ke ape yg lebih ...

kadang kadang ada selebriti yang memang selektif memilih produk yg dia nak endorse. Kalau dia dah pernah represent loreal aku tak rasa dia akan endorse produk yg level lagi rendah. Rasanya semua macam tu kot. Siapa pernah jadi duta Lux tak akan endorse dah branding lain. Sometimes bukan pasal duit aje tapi kalau dia sendiri tak trust produk tu macamana dia nak jadi duta.

Anyway roman muka Farid Kamil dalam gambar di atas sangatlah menyedihkan. Apa pun dia adalah manusia, ada emak, ada bapak ada bini ada anak ada keluarga. Cukuplah netizen mengecam takkan tak puas puas lagi menghina. Sesama muslim baiklah doakan yg baik-baik.
Quote Atata 15-1-2018 01:05 PM
i masih hairan tgk imej d leher Farid.. haha..
Quote lasagna 15-1-2018 01:12 PM
xpe kita tgu jer laa kes FK ni.. aku pun xde laa gemar sgt dia ni, tp kesian kat DD, chemad & aurora. Ada benda yg kita tak tau apa cabaran & liku2 hidup si FK ni.. wait n see jer dlu.
Quote kakiah12 15-1-2018 01:20 PM
annadonna replied at 15-1-2018 01:01 PM
kadang kadang ada selebriti yang memang selektif memilih produk yg dia nak endorse. Kalau dia dah  ...

Tp sanggup pulak dia nk masak dan jual makanan spt yg sheols ckp di ig tu? Akak x rase sheols memilih produk..sedangkan ig review pun sheols buat. Akak rase sheols mmg tak dpt offer utk jd duta produk drpd local brand..mgkin org ingat byr insta fames or artis2 bbnu ni murah sikit berbanding artis2 mcm sheols.
Quote JeepersCreepers 15-1-2018 01:43 PM
Adakah smua artis yg pinjam along akan cite dgn bam jed? bam jed ni opportunist much
Quote rospinki 15-1-2018 02:13 PM
pendapat aku..kes FK ni biasa..cuma dia retis maka kelihatan luar biasa.
lepas dgn ikat jamin je.

will be forgotten after a while..smbung balik kesah extent mesjit..hahaha
Quote rospinki 15-1-2018 02:13 PM
pendapat aku..kes FK ni biasa..cuma dia retis maka kelihatan luar biasa.
lepas dgn ikat jamin je.

will be forgotten after a while..smbung balik kesah extent mesjit..hahaha
Quote notsospecial007 15-1-2018 03:26 PM
ramai jgk artis yg sokong FK ni.. tapi salute kt DD la, jawapan dia sgt matang.. wlpn diorg mcm tengah bermasalah..
Quote beldandy 15-1-2018 03:57 PM
rospinki replied at 15-1-2018 02:13 PM
pendapat aku..kes FK ni biasa..cuma dia retis maka kelihatan luar biasa.
lepas dgn ikat jamin je.
...

bel pun rasa biasa je kes ni
sama mcm kes2 retis lain kena tahan sbb positip dadah
xde beza pun dgn farid kamil
cuma x faham bila baca org duk back up dia kata kesian dia jgn buka aib dia...
habis tu retis2 lain xde ain nk cover? x kesian?
semua org pun ada keluarga kan

Quote tomaz 15-1-2018 04:04 PM
beldandy replied at 15-1-2018 03:57 PM
bel pun rasa biasa je kes ni
sama mcm kes2 retis lain kena tahan sbb positip dadah
xde beza pun  ...

Sbb memasing cuba nak politikkan kisah ni. Tu yg iolss rasa ramai yg duk cover lg2 dekat dgn pru. Kan ada yg bising2 psl konspirasi la buatan org la. Memacam la. Kalau org lain di waktu yg lain xde nya beria bekap mcm ni. Mmg kena hentam la mcm biasa  
Quote jargon 15-1-2018 05:11 PM
Sampai skrg aku tak tahu ape nama sbenar chemat ni...dd taknak bgtahu ke
Quote RatuDunia94 16-1-2018 01:06 AM
kakiah12 replied at 15-1-2018 12:20 PM
Bg akak dd cantik sgt ya. Akak x paham kenapa dia x dpt offer jd duta products local ke ape yg lebih ...

Sheols pernah jd duta produk Nano White.. Yg iols perasan masa seols jd duta produk tu muka sheols tumbuh byk jerawat. Iols syak produk tu x serasi dgn kulit sheols.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048181 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top