Malang tak berbau. Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya, maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah perumahan.
BH Online melaporkan, kejadian berlaku di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, kira-kira jam 8.30 malam tadi. Ketika kejadian, mangsa, S Sathiwaran bersama ibunya, S Kasthurivai, 45, sedang berjalan pulang ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit. Menurut sumber, sebelum kejadian, dua beranak itu pergi ke kedai runcit di bawah PPR terbabit. Bagaimanapun, sebaik saja menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, sebuah kerusi pejabat berwarna biru melayang dari atas dan terkena kepala mangsa.
"Akibat hentaman kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Ibu mangsa terselamat dalam kejadian itu," kata sumber. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat atau akibat kecuaian. Siasatan diteruskan dan polis masih sedang mengenal pasti suspek yang membaling kerusi berkenaan. - CARI
|
9
Bagus |
27
Marah |
24
Terkejut |
20
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT