|
Sekurang-kurangnya 75 orang cedera selepas lantai di Bursa Saham Indonesia runtuh dan menimpa lobi bangunan tersebut pada Isnin. Jurucakap polis Indonesia, Setyo Wasisto berkata, “Kami sedang menyiasat punca kejadian tetapi buat masa ini, keutamaan kami adalah kepada mangsa-mangsa yang cedera."
Metro TV melaporkan, rakaman yang disiarkan menunjukkan sebilangan mangsa terbaring di lantai sebelum dibawa keluar dari bangunan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Seorang wartawan, Marlia Zein yang berada di tempat kejadian menyatakan, “Bunyi kuat kedengaran dan orang ramai yang berada di lobi lantas berlari keluar bangunan itu." Punca kejadian masih disiasat, dan polis menolak kemungkinan ia disebabkan perbuatan pengganas atau letupan bom. -CARI
|
|
30
![]() Bagus |
20
![]() Marah |
27
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
29
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.