CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Sayang Awak, Diana”

16-1-2018 03:04 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 34682| Komen: 281|Original author: Oleh: Suzy

Setelah beberapa hari ditahan pihak polis dan kemudiannya dihadapkan ke mahkamah, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, tidak mampu lagi menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle, di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, hari ini.

Kata Farid, dia memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.

"Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

"Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana," katanya di petik daripada Berita Harian Online.



Manakala beberapa jam sebelum itu, Diana turut meluahkan perasaan kasih serta sokongan tidak berbelah bahagi terhadap suaminya di laman sosial peribadi.

Katanya, dia tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling sebaliknya yakin lelaki yang dikahwininya itu sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.

Menerusi entri baru di Instagram yang diikuti 1.7 juta orang, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi sebuah puisi pendek yang membayangkan mengenai kekuatan cinta mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain. 

Status berkenaan dipercayai sebagai pencerahan kepada pertanyaan ramai yang mempertikaikan ketiadaan aktres terbabit sepanjang dua kali Farid dibawa ke mahkamah termasuk hari ini. - CARI 

9

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 16-1-2018 03:10 PM
Quote MH3707 16-1-2018 03:12 PM
bagus diana ni,,dia ni mcm bini anwar,,sentiasa sokong suami walaupun tau suami perangai mcm mana sekalipun...isteri solehah sentiasa jaga aib suami walaupun hakikat dlm rumah bercakaran
Quote SANKURIANG 16-1-2018 03:14 PM
MH3707 replied at 16-1-2018 03:12 PM
bagus diana ni,,dia ni mcm bini anwar,,sentiasa sokong suami walaupun tau suami perangai mcm mana se ...

Tapi aku rasa Diana banyak cover hal si FK ni.....kita tengok la nanti apa sudahnya
Quote Aduradura 16-1-2018 03:15 PM
MH3707 replied at 16-1-2018 03:12 PM
bagus diana ni,,dia ni mcm bini anwar,,sentiasa sokong suami walaupun tau suami perangai mcm mana se ...

Betul kan, iolls rase 2 hari jugak DD ni duk berfikir, last2 sheolls buat keputusan utk support FK....byk jugak tekanan yg sheolls terima dari adik ipar lagi yg buat statement ckp camtu...dari netizens lagi yg duk cakap sheolls tak kisah suami....
Quote MH3707 16-1-2018 03:19 PM
SANKURIANG replied at 16-1-2018 07:14 AM
Tapi aku rasa Diana banyak cover hal si FK ni.....kita tengok la nanti apa sudahnya

tul tu,,mcm yg den cakap tadi,,dia ni jaga aib suami walaupun hakikatnya ramai dah tau masalah depa ni sejak dari mula kawin laie...ada satu statement dia kata baru2 ni,,farid tak pernah pukul dia,,,tp aku yakin,farid mesti pernah pukul dia...
Quote MH3707 16-1-2018 03:25 PM
Aduradura replied at 16-1-2018 07:15 AM
Betul kan, iolls rase 2 hari jugak DD ni duk berfikir, last2 sheolls buat keputusan utk support FK ...

aku mcm tak sangka adik lelaki farid tu boleh kata farid sakit mental...pastu kata tak jumpa anak dah beberapa hari...org mesti akan spekulate farid ni yg suka carik masalah...kalau akulah jadi adik farid tu,aku tak mungkin kuar statement camtu...baik diam aje
Quote SANKURIANG 16-1-2018 03:25 PM
MH3707 replied at 16-1-2018 03:19 PM
tul tu,,mcm yg den cakap tadi,,dia ni jaga aib suami walaupun hakikatnya ramai dah tau masalah dep ...

Dan juga aku pelik, netizen beria ia mendoakan dan menyokong si FK ni...kalau dah taik ganja, payah nak pulih
tu la pasal kot si DD ni dok tutup la selagi boleh. Tengok si FK ni macam muka Mat Remps pun ada. Kesian kat bini dan anak2 buat mau mak ayah aja dia ni. Tapi tengokla berapa lama Ddboleh bertahan.

Quote Aduradura 16-1-2018 03:27 PM
SANKURIANG replied at 16-1-2018 03:25 PM
Dan juga aku pelik, netizen beria ia mendoakan dan menyokong si FK ni...kalau dah taik ganja, paya ...

Ezad exist pun penah dgn dadah dulu kejap kan , tp bini heolls mmg setia & support...agaknya betul laa, bila ade bini support ni, laki boleh jd normal balik
Quote kikiharris 16-1-2018 03:30 PM
itulah namanya marriage. takkan nak ada time senang and kaya je kan
time jatuh merudum pon kena sama2 jugak.
tabahlah Diana and kids. benda pon dah jadik.
Quote MH3707 16-1-2018 03:31 PM
SANKURIANG replied at 16-1-2018 07:25 AM
Dan juga aku pelik, netizen beria ia mendoakan dan menyokong si FK ni...kalau dah taik ganja, paya ...

tu lah,,aku pun nampak diana punya stressness kat muka..,,dia mcm selagi aku mampu cover,aku akan cover because no matter what happens,he is my husband...

ps: den rasa artis/netizen yg sokong dia bukan sokong part dia amik dadah,,,tp most likely sokong sebagai teman seperjuangan/fans yg konon teraniaya? who knows...
Quote MH3707 16-1-2018 03:34 PM
Aduradura replied at 16-1-2018 07:27 AM
Ezad exist pun penah dgn dadah dulu kejap kan , tp bini heolls mmg setia & support...agaknya betul ...

tp den rasa,depa dua ni akan bercerai jugak satu hari nanti,tengoklah ...mcm ezad dengan bini dia tu lainlah sbb masing2 tak hot...ehh boleh ke gitu?
Quote sofiazara 16-1-2018 03:35 PM
Edited by sofiazara at 16-1-2018 03:37 PM

ada terbaca bahawa someone says kata farid kamil ambil dadah jenis baru, NPS? dadah baru ni tak boleh dibuktikan dalam urine test. tapi kenapa urine baru ni mmg dia kantoi ambik dadah? mohon pencerahang

personally, aku rasa farid ada mental issue. dia bersilat. so org silat kadang2 ada isu mental camni u see,
edit: dadah nps ialah dadah sintetik yg menyebabkan manusia jadi zombie unlike weed.
Quote mesmerize 16-1-2018 03:38 PM
SANKURIANG replied at 16-1-2018 03:25 PM
Dan juga aku pelik, netizen beria ia mendoakan dan menyokong si FK ni...kalau dah taik ganja, paya ...

ai pun salah satu yg sokong FK ni siap komen doa2 suci murni kat ig fadzilzahari
entah la sebab kesian kot..
sebab ai ada je kenal rapat ngan sorang dua orang tak berapa sehat mental ni.. tapi tak melibatkan dadah la.. tapi memang kesian woo.. diorang tak dapat buat pemikiran waras macam kita ni.. dah tu degil tak dengar nasihat.. dan keputusan2 penting dalam hidup kadang2 diorang buat boleh mengakibatkan self destruction.. tapi ada sorang tu dah kembali pulih sebab dekatkan diri ngan Allah.. pegi class belajar baca quran etc .. so dari segi kerohanian dia dah makin pulih..
orang2 camni kita kena bagi sokongan bukan judge sajork.. yes mmg farid salah amik dadah. tapi entah la kan kita pun tak tahu cerita sebenarnya .. environment dia macam mana pun kita tak tahu.. sampai bole terjebak tuh..
Quote vanillaninja 16-1-2018 03:39 PM
Si Farid ni kalau lepas ni tak reti nak appreciate DD tak tau la nak cakap apa.
Quote sherry_zaida 16-1-2018 03:41 PM
#ganyangFaridtapiselamatkanDD
.
Quote tensic~ 16-1-2018 03:42 PM
dalam video tu actually aku dengar dia cakap i love u diana.. T_T
sebak gile
Quote MH3707 16-1-2018 03:46 PM
mesmerize replied at 16-1-2018 07:38 AM
ai pun salah satu yg sokong FK ni siap komen doa2 suci murni kat ig fadzilzahari
entah la seba ...

tul....kita pun tak tau cerita sebenarnya,,bukti cctv pun tak ada...so sape2 boleh create cerita...part amik ganja tu pun aku mcm pelik sikit,,biasanya syabu yg akan jadi agressif,,,and kalau amik ganja,kenapa badan kurus? mcm fishy
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2018 03:48 PM
Dgr2 org yg mendadih ni mmg syg giler ngan laki deyolss kan?? No wonder DD berdiri teguh belakang Tokyidganja ni.. apatah lagi kalau bini yg sama mendadih, harus lah laki laaaagi sayanggggg kan???
Quote umbut 16-1-2018 03:52 PM
Moga lepas ni fk lebih hargai dd

Lihat semua komen(281)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064944 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top