CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Ponteng Solat Jumaat Didenda RM1,000

17-1-2018 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8397| Komen: 110

Lelaki baligh bakal berdepan denda RM1,000 atau penjara hingga enam bulan sekiranya didapati tidak menunaikan solat Jumaat, lapor Harian Metro.

Menurut Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais, hukuman itu dikenakan terhadap lelaki Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie atau dengan sengaja mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.


Foto: Harian Metro

Difahamkan, hebahan surat pekeliling kepada semua 68 masjid sudah dikeluarkan pada 4 Januari lalu.

“Tindakan itu diambil susulan aduan daripada kariah di sini (Kuala Pilah) yang mendakwa terdapat lelaki Islam berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.


“Ia dilihat mencemarkan imej Islam selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum.

“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah ini membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah ketika solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya.

Mohd Raizalani menjelaskan, arahan seumpama itu adalah yang pertama dikeluarkan pihaknya demi memastikan golongan terbabit hadir ke masjid. - CARI
4

Bagus

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 17-1-2018 10:34 AM
Solat takutkan denda ni Allah terima ke dikkkk???

Buang masa je Solat Jumaat tongang tonggek hujung2 takutkan denda.
Quote samasam90 17-1-2018 10:42 AM
hakak nak solat di mana tunku zain solat jah, boleh tak?
Quote Dwdrum 17-1-2018 10:50 AM
“Ia dilihat mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Murah nya nilai hukum isle apabila didenda rm 1000....
Quote Burong_Hantuk 17-1-2018 10:52 AM
tahniah.ini macam lah baru betol
Quote True-X 17-1-2018 10:53 AM
ini la keindahan islam...
Quote umbut 17-1-2018 10:54 AM
Mcm mana nak cek, cek pegi rumah satu satu kah
Quote kasihantam 17-1-2018 10:57 AM
yang melalak ni si capiroon

yang muslim relax je sebab tarak pernah ponteng jumaat

sanggup skip makan lunch sebab nak ke masjid




Quote bulan_gerhana 17-1-2018 10:59 AM
elok denda.. pi la check kat shopping complexxx nun.. kat kedai makan waktu solat jumaat.. amat aku sokong
Quote jampi 17-1-2018 11:06 AM
Hutang kerajaan masih banyak lagi ke sampai tahap desperate  perlu minta bantuan rakyat by initiating  gomen coffers cara begini?

Standbykan 4K utk sebulan sekali senang...mudahkan tugas pihak penguatkuasa...

Heee
Quote jampi 17-1-2018 11:11 AM
umbut replied at 17-1-2018 10:54 AM
Mcm mana nak cek, cek pegi rumah satu satu kah

Pegawai penguatkuasa wanita will have to stagger their lunch break antara mereka, because the men would have been in the mosque themselves....


Bagaimana nak check? Random actually, as Long as they reach quotas for the week......kerajaan banyak hutang...so inilah antara sumbangan Kita sebagai rakyat utk membantu kerajaan....

Heee

Quote ipin 17-1-2018 11:22 AM
orang lain yg pergi semayang jumaat..

melayu sesat yg panas..  


kalau hanya  belajar agama di sekolah rendah  ..

jangan rasa dah pandai sangat mengalahkan ulamak..  

Quote helicornia 17-1-2018 11:22 AM
sila check juga kt panggung wayang.ramai lelaki malas solat jumaat gi tengok wayang
Quote FOTHER-MUCKER 17-1-2018 11:47 AM
Kata dalam isle tiada paksaan?

Oh ya..ataupun janji mesjid nampak penuh kan?
Quote mokcikKSKB 17-1-2018 12:01 PM
Lantak dia lah x solat.tu urusan dia ngan tuhan.jgn buat maksiat masa org tengah solat sudah. Eg curik kasut org yg tgh solat
Quote kakigebang 17-1-2018 12:03 PM
umbut replied at 17-1-2018 10:54 AM
Mcm mana nak cek, cek pegi rumah satu satu kah

ala...jgn la buat2 tak tau mcm budak2 .. kalau kat rumah tu xde la sapa nak intai ko solat ke tak , benda ni terpakai pada org2 yg wajib solat tapi tak pergi dan berkeliaran di tempat2 awam atau open masa solat jumaat tanpa perasaan malu atau segan
Quote dodolgemok 17-1-2018 12:06 PM
Soo cmne kau org nak tau dia dh gi 3kali ke 4kalibagai??
Quote dodolgemok 17-1-2018 12:08 PM
kakigebang replied at 17-1-2018 12:03 PM
ala...jgn la buat2 tak tau mcm budak2 .. kalau kat rumah tu xde la sapa nak intai ko solat ke tak  ...

Cmne nak tau org tu dah gi berapa kali ke tak?
Quote ~boolean 17-1-2018 12:10 PM
Selain aurat, sembahyang dan poligami,

Aku harap pakar2 mengira dosa pahala orang ni pentingkan juga bab kebersihan dan sosioekonomi ummah.

Aku lihat pakar2 ni bukan kisah sangat telekung kepam, kolah wuduk berlumut..janji dapat menghentam orang tak sembahyang. Ingat sikit sembahyang tu tak sempurna kalau tak bersih dan suci.

Dari mendenda orang tak solat jumaat baik kau kerah jemaah masjid buat pembersihan masjid.

Quote palmolive 17-1-2018 12:11 PM
aik, takder kena mengena pun nak menggelupur..aphal???

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.053344 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top