|
Kali ini jom kita tinjau lokasi makan yang terletak di Gua Ikan, Dabong, Kelantan. Katanya ada Mee Udang Galah yang murah lagi sedap. Semangkuk mi seperti yang tertera dalam gambar hanya RM15! Kenapa? Tak Percaya? Kalau ada kesempatan ke Dabong, cubalah makan di sini! Boleh mandi-manda di air terjun Gunung Stong sekali!
Harga makanan di kedai Che Da adalah seperti berikut: Mee Udang RM15 Mee Ketam Sederhana + Udang + Sotong + Lala RM25 Mee Ketam Besar + Udang + Sotong + Lala RM35 Menurut kata pelanggan, sememangnya puas hati makan di sini. Ditambah pula dengan keramahan pemilik kedainya. Lagilah bertambah-tambah sedap mi yang anda nikmati tu. Makanan laut yang digunakan juga sememangnya segar. Rasa udang, ketam, sotong pun manis. Ramai yang datang dari seluruh pelosok negara semata-mata untuk menikmati semangkuk Mee Udang Che Da tau! Pendek kata, datang dan rasai sendiri pengalaman makan mee udang di Gua Ikan, Dabong, Kelantan! Jom? -CARI
|
|
41
![]() Bagus |
19
![]() Marah |
12
![]() Terkejut |
28
![]() Sedih |
36
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043493 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.