Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kita perlu bijak mengatur perbelanjaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan menyebabkan kita mengalami masalah kewangan.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk 'survive'? Menetapkan perbelanjaan bulanan termasuklah belanja dapur boleh membantu agar kita tidak terlebih bajet dalam berbelanja. Menerusi posting seorang pengguna facebook, Fieya Badar, kami kongsikan antara tips bijak mengatur perbelanjaan dapur dengan hanya RM150- RM200 sahaja sebulan. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap2 bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang-barang basah, kami peruntukkan RM150-RM200 saja sebulan. Berbanding jika beli di pasar setiap hari memang akan over bajet gila la kan. Eh segar ke ikan tu? Eh tahan lama ke? Eh manis lagi ke bahan tu bila masak? Eh masih sedap ke? Meh nak ajar ye. Kalau salah, mohon maaf. Tapi saya buat begini sejak azali. Jimat. DAGING 1. Kalau beli daging, saya beli daging beku itu sekilogram di pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging itu, balik teruslah potong. Macam saya, dua bekas selalunya dihiris nipis. Satu bekas dihiris kiub. In case nak masak daging masak hitam mamak ke kan, ha. Sambil awak hiris, awak boleh fikir nak buat menu apa. 2. Jangan basuh daging ye. Selepas hiris, terus masuk bekas, tutup dan disimpan. 3. Nak masak, keluarkan sebekas, biar dia cair sendiri. Jangan gatal pula pergi rendam dengan air ke apa. Bila dah cair sendiri, nak masak baru basuh bersih-bersih cenggitu. Barulah daging uolls tak keras jegung, tak liat dan tak rasa tawar. Elok je cek oii. IKAN 1. Bergantung juga ikan apa yang awak borong. Macam saya, semua ikan yang saya nampak, saya beli selagi cantik rupanya seperti dalam gambar. Saya borong ikan termenung, ikan cencaru, ikan siakap. 2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye, nanti hilang manis ikan. Sama seperti ikan tongkol, ikan nyok2, ikan pari, ikan patin kalau saya beli, siang dan basuh. Kemudian simpan tanpa letak air. 3. Ikan termenung, ikan sardin, ikan sebelah disiang dan dibersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama juga, jangan rendam dalam air, kecut ikan itu dan hilang kemanisannya. Biar saja ikan itu cair sendiri. Sebelum simpan, dah basuh dan bersihkan. Masak, toskan saja. Campaklah nak masak apa pun. UDANG/SOTONG 1. Potong, bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan. Kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan. 2. Nak masak sama juga seperti yang saya beritahu di atas itu okey. AYAM/ITIK Tak perlu letak air. Basuh bersih-bersih, letak dalam bekas dan simpan. Siap! Bila nak masak, rendam sekali bekas, jangan direndam isinya sahaja. Pucat ayam/itik itu nanti dan jadi tawar pula. Yang bekerja, malam itu awak boleh turunkan bekas apa yang nak dimasak pada keesokan pagi di bahagian chiller. Senang. Kerjasama amat diperlukan. Nak mencuci semua bahan-bahan mentah ini perlu mengambil masa tiga jam lebih termasuk potong dan cuci. Itu tidak termasuk gangguan dari Ultraman, Princess let it go lagi gitu. Apa yang penting, kerjasama. Kami bershoping di pasar Bukit Mertajam setelah menetap di Pulau Pinang. Dulu di Kuala Lumpur, kami pergi ke pasar malam Kampung Pandan atau pasar tani pun berlambak yang murah-murah. Di Perak, kami pergi ke pasar Kemunting. Ha, itulah. Yang mana boleh jimat, kita jimat. Sekarang duit macam tak ada nilai, tetapi nak mencari duit itu. Hihihi! Tiga minggu makan ini untuk lima-enam orang satu rumah. Bajet dalam RM150-RM200. Sekian. Bolehlah korang berjimat seperti kami. Nanti saya kongsi kaedah untuk sayur-sayuran pula. Apa pendapat anda? Agak-agak lepas ni boleh buat tak? -CARI |
chinta89 replied at 18-1-2018 03:14 PM
entah, x suke jenis yg mcm ni.
kalau dgg ok la. kalau ikan ke ape semua tu, takdenya nk beli mcm ...
chinta89: entah, x suke jenis yg mcm ni.kalau dgg ok la. kalau ikan ke ape semua tu, takdenya nk beli mcm ni simpan sampai sebulan.yg ckp x pyh letak air mse si ...
moonbug replied at 18-1-2018 02:37 PM
Kalau ada power outage kesiannya lah
SecretLuv replied at 19-1-2018 12:05 AM
Ha'ah. Betul jugak tu. Macam mana la nak masak semua lauk-lauk tu.
noraidil_06 replied at 18-1-2018 04:36 PM
Ade u.saya dulu2 la. Nak goreng kangkung pn sy Google. Sbb tu dulu suke stalk blog filla sbb di ...
de_ikea replied at 18-1-2018 10:27 PM
iols tak tahu bab simpan ikan dgn air. Mmg mak n mother in law pun tak pernah buat mcm tu. Ilmu b ...
msdummy.2018 replied at 19-1-2018 05:27 PM
pernah buat....nk kata jimat tuh biasa jerlah kot.....lepas tuh, xbuat lg sb tekstur & rasa tuh ad ...
chinta89 replied at 21-1-2018 04:22 PM
maafkan iols ye uols...
iols terkasar sgt ke tulis mcm tu... maybe rse mcm petua simpan ikan tu ...
noraidil_06 replied at 21-1-2018 04:47 PM
Eh x de apelah. Sbb kdg2 mcm x logik kan.esp pd org yg biasa ke dapur. dulu sy nk goreng kangkung ...
ADVERTISEMENT