CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka 'Street Food'? - 5 Tip Perlu Ambil Tahu Sebelum Makan Di Gerai Ketika Travel..

18-1-2018 01:09 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3727| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza Rai




Biasanya kalau ke sesebuah tempat yang asing, kita akan lebih memilih makanan, betul? Bagi yang Muslim, lagilah sebab perlu mencari yang Halalan Toyyiban.

Bagi pelancong asing pula, mereka suka menikmati makanan di jalanan kerana ia adalah cara terbaik untuk menikmati makanan asli penduduk setempat. Lagi pula ia lebih murah berbanding restoran.

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk mencari makanan yang bersih lalu tidak menyebabkan ‘keracunan makanan’ nanti.

Ada 5 tip yang anda perlu tahu sebelum membeli makanan di tepi-tepi jalan.


1)    Ilmu itu penting
Jadi, sebelum ke mana-mana lokasi, cari info terlebih dahulu di internet atau bertanya rakan yang pernah ke sana. Mesti ada beberapa makanan setempat yang harus anda rasa, barulah lengkap melancong!



2)    Gerai yang sibuk itu bagus
Kalau anda nampak ramai yang beratur panjang, itu antara sebab utama kenapa anda harus beratur sama. Selain menunya yang pasti sedap, ini juga bermakna makanan tidak lama di situ dan ini mengelakkan pembiakan bakteria.

Ya, mungkin lama beratur membuatkan anda hilang sabar kerana terlalu penat dan lapar, namun pastinya ia berbaloi kerana mendapat makanan yang masih panas-panas!


3)    Makan di mana?
Memanglah kalau namanya melancong, jadual makan pun berubah mengikut kesesuaian tempat. Tapi boleh ja ubah waktu makan mengikut lokasi.

Sepinggan ‘pho’ (mee beras sup ayam/daging) mungkin adalah menu tengahari bagi kita di Malaysia tapi ia adalah sarapan pagi di Vietnam. Jadi, ingat pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau….



4)    Jika anda tak minum airnya, salad pun tak boleh makan ya
Ramai pelancong yang mengelak dari membeli air atau ais dalam perjalanan kerana takut ‘keracunan makanan’. Tapi tahukah anda sebenarnya salad atau buah strawberi dari gerai yang sama pun tak boleh dimakan. Ini kerana sayur dan buah tersebut juga dibasuh dari sumber air yang sama atau ia mungkin langsung tidak dibasuh! 

Sebaik-baiknya pilih buah yang boleh dikupas atau sayur yang telah dimasak.


5)    Percaya kata hati
Jika anda tak yakin dengan tahap penyediaan makanan, ada baiknya percaya kata hati anda. Jika anda pernah menikmati semua menu jalanan di seluruh dunia pun, tidak bermakna ia selamat di mana-mana. Setiap gerai di setiap negara pasti berbeza. Apabila terasa lintasan hati yang kurang elok, ada baiknya terus mencari gerai yang lain.

Jadi, selepas ini carilah info sebanyak yang boleh supaya anda tetap ceria dan kenyang dalam perjalanan.- CARI 


11

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
30

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notsospecial007 18-1-2018 04:32 PM
tips yg bagus..
Quote yangsemb 18-1-2018 07:57 PM
Good tips {:childlike
Quote lililen 18-1-2018 09:03 PM
Percaya kata hati tu sgt setuju. Kdg2 nmpk sedap tp tibe2 mcm x sedap hati. Baik xyah beli
Quote lhrunderground 18-1-2018 10:01 PM
Bestnya street food
Quote Artemesiaa 19-1-2018 12:54 PM
Betullah tips2 yang diberikan tu nak2 kalau ke negara dunia ke 3 lebih baik elakan street food melainkan dah dapat info OK dari local people untuk mengelakan keracunan makanan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.093240 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top