Negara kita baru sahaja digemparkan dengan kes pelajar maut akibat ditimpa kerusi yang dibuang dari tingkat atas sebuah flat di Pantai Dalam, Kula Lumpur baru-baru ini.
Belum lagi reda dengan kes terbabit, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna FB bernama Cma Sima ini pula menjadi tular. Rakaman tersebut menunjukkan seorang pekerja pembersihan dipercayai warga asing dengan selamba membuang beberapa barangan ke tingkat bawah! Menurut Sima dia menyedari perkara tersebut setelah mencari punca bunyi bising barang-barang dilemparkan dari atas dan mendapati wanita tu membuang sampah dari tingkat atas. Ni videonya:
DIfahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kediaman di Shah Alam pada 2 Januari yang lalu, sebelum kejadian pelajar maut ditimpa kerusi terjadi. Menurut wanita warga asing itu, dia sudah memastikan tiada kanak-kanak di bawah sebelum dia melemparkan barang-barang itu. Amboi senang je alasan dia bukan? Kalau kena kepala sesiapa tak ke jadi satu lagi kes bunuh? Rakaman video ini mendapat kecaman dari pelbagai netizen. Walaupun rakaman ini dibuat 2 Januari lalu, ramai menggesa Sima membuat laporan polis agar kejadian itu tak lagi berulang. Pada di luar sana yang ada tabiat 'syaitan' begini, bawa-bawalah bertaubat sebelum anda pula yang menjadi pembunuh! -CARI |
8
Bagus |
1
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MyNameIsIris replied at 18-1-2018 03:14 PM
Aduh kesian pula iols tengok acik ni nangis
#sistakkuad{:cryrun
krustykrab replied at 18-1-2018 03:18 PM
kalau sis tak kuat, sis ambik je dia balik rumah jadi maid sis
ADVERTISEMENT