Susulan penahanan dan pendakwaan yang berlaku ke atas Farid Kamil, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya dia dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). Tengku Abdullah berkata dia sangat berdukacita dan terkejut dengan tindakan yang dilakukan pelakon dan pengarah filem itu menampar anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. "Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini. "Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini. "Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah baginda kepada Kosmo. Farid Kamil sebelum ini menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Datuk. "Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur. "Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda lagi. -CARI |
26
Bagus |
20
Marah |
31
Terkejut |
32
Sedih |
22
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mixed replied at 18-1-2018 01:35 PM
elok la br je pakai datin
sejarah la gitu klu pangkat dato paling cepat kena tarik
mixed replied at 18-1-2018 01:35 PM
elok la br je pakai datin
sejarah la gitu klu pangkat dato paling cepat kena tarik
idakamaruddin replied at 18-1-2018 01:39 PM
kesian la kalau kene pulang blk, duit pn bkn dpt blk pn ehh
idakamaruddin replied at 18-1-2018 01:39 PM
kesian la kalau kene pulang blk, duit pn bkn dpt blk pn ehh
ADVERTISEMENT