CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terbaik Wok! 10 Jenis Nasi, 4 Jam Pengantin Ini Masak Sendiri Sebelum Bersanding

19-1-2018 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 6044| Komen: 34|Original author: Oleh: Aimi

Selalunya bila tiba hari perkahwinan, pengantin mestilah tak ada masa nak buat perkara lain selain mempersiapkan diri sendiri untuk melaram masa bersanding kan?


Bagi pengantin perempuan, mestilah sibuk bersolek dan sebagainya agar penampilan akan kelihatan sempurna dan pastilah tak kurang juga bagi pengantin lelaki.

Namun, seorang pengantin lelaki dari Pahang yang dikenali sebagai Syukri ini berjaya menarik perhatian ramai kerana sanggup turun padang memasak sendiri di hari perkahwinannya. 

Katanya, dia mengambil masa 4 jam untuk memasak sebagai meraikan para tetamunya seramai 2000 orang.


Bukan itu sahaja dia memasak lebih dari 10 jenis nasi, di samping 6 jenis air dan 7 jenis lauk pauk.

Apa yang penting semuanya habis dan tiada langsung pembaziran. Baginya dia tidak kisah menghabiskan duit sebanyak RM9000 untuk makanan sahaja.

Paling menarik Syukri cuma memakai pakaian pengantin berharga RM150 untuk dirinya dan RM250 bagi isterinya.

Sumber : Google
Difahamkan Syukri adalah seorang pengusaha katering. Mungkin ini merupakan salah satu strategi untuk melariskan perniagaannya?

Sambil menyelam minum air.

Sumber : Google
Ramai yang memuji usaha pengantin tersebut yang lebih mengutamakan tetamu berbanding membelanjakan duit pada benda-benda tidak berfaedah yang lain.
Rasanya luar biasa kalau pengantin sendiri yang turun memasak. Ada lagi tak pengantin rajin macam ni? Boleh kongsikan. -CARI
7

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 19-1-2018 12:53 PM
Kalau i, i ambik setiap jenis nasi. 1 jenis tu 1 senduk jer la
Quote Siputjelly 19-1-2018 01:33 PM
mieymiey: Kalau i, i ambik setiap jenis nasi. 1 jenis tu 1 senduk jer la



satu senduk banyak juga tu heheheee
Quote idakamaruddin 19-1-2018 02:00 PM
mieymiey replied at 19-1-2018 12:53 PM
Kalau i, i ambik setiap jenis nasi. 1 jenis tu 1 senduk jer la

i senduk tu pn byk uols utk 9 jenis
kalau iols plak mgkn 1 sudu utk 1 jenis nasi mgkn

acah2 tgh diet uolss


Quote idakamaruddin 19-1-2018 02:00 PM
btw nasi jagung mcm sedap je

Quote yangsemb 19-1-2018 02:11 PM
Fuyoooo..hebat!! Berita mcm gini mmg patut divaralkan
Quote Artemesiaa 19-1-2018 03:20 PM
Wah rajinnya tapi sebab pengusaha catering so pasti benda biasa je buatnya
Quote kerasuk 19-1-2018 03:23 PM
nasi keduli ni nasi apa eh? x pernah jumpa lagi
Quote vanillaninja 19-1-2018 03:53 PM
Bestnya nasi hujan panas, nasi minyak semua ada.
Quote krustykrab 19-1-2018 04:00 PM
bestnya kalau dia jemput aku, dpt la merasa 10 jenis nasik...
Quote haryatie 19-1-2018 04:01 PM
puas la tetamu menjamu selera
mcam2 ada
Quote dekmieDandy 19-1-2018 04:14 PM
kerasuk replied at 19-1-2018 07:23 AM
nasi keduli ni nasi apa eh? x pernah jumpa lagi

nasi diraja pahang

nasi keduli yg maha mulia

dorg cakap rasa mcm nasi ayam
Quote sofiazara 19-1-2018 04:25 PM
ada panggil nasi keduli or nasi kebuli

aku rasa real term is nasi keduli

sebab nasi kebuli tu yg resepi indon punya kan
Quote sofiazara 19-1-2018 04:25 PM
ada panggil nasi keduli or nasi kebuli

aku rasa real term is nasi keduli

sebab nasi kebuli tu yg resepi indon punya kan
Quote sofiazara 19-1-2018 04:28 PM
oh ok. nama dia mmg nasi kebuli sebab short term of nasi KE Bawah DuLI = nasi KEBULI
Quote ~boolean 19-1-2018 04:35 PM
Ini baru betul bila tetamu diraikan.

Orang kita ni selalu lupa hat patut dirai bukan pengantin, tapi tetamu. Kita dah mengundang orang, kewajipan kita untuk meraikan orang tu.

Zaman sekarang, undang tetamu sampai sanggup tetamu tempah bas..tapi bila sampai makan tak ada, pengantin dah cabut awal2 pergi photoshoot kahwin.
Quote palmolive 19-1-2018 04:38 PM
steady la brader
Quote siputsedut 19-1-2018 05:03 PM
Huntonglaaaa tetamu dia dpt rasa mcm2 makanan...
Quote prettyuglybabe 19-1-2018 06:00 PM
beza orang biasa masak dengan orang tak biasa masak..
yang tak biasa masak sure kagum dalam berapa jam boleh masak berjenis nasi dengan lauk
Quote Iema5008 19-1-2018 06:03 PM
Haku jd lapar pulak nmpk warna warni nasik tu {:yameteh

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top