Sekarang ni boleh dikatakan berlambak Instafamaous di Malaysia, tak kurang juga banyak peniaga-yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes.
Disebabkan itu, golongan peniaga ini memerlukan khidmat para Instafamaous untuk review produk memandangkan jumlah pengikut mereka yang beribu di media sosial. Konsepnya senang, semakin banyak pengikut Instafamous, semakin tinggi potensi golongan peniaga untuk mendapatkan pembeli. Namun baru-baru ini seorang pengguna twitter bernama Nurul Tixana meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan seorang Instafamous yang telah dibayar untuk membuat review produk miliknya. Menurut Nurul, review produk dia yang sepatutnya disiarkan selama 24 jam di Instastory telah dipadam oleh Instafamaous berkenaan setelah hanya 4 jam sahaja, apa kes? Nah, baca luahannya:
Apabila ditegur, ini respons Instafamous tersebut. Nurul juga ada memuat naik review produk yang telah dibuat oleh Instafamous tu. Agak-agak berbaloi tak setakat selfie macam tu sahaja? Bukan itu sahaja, Nurul juga mendedahkan yang kawan dia juga pernah terkena dengan Instafamous yang lain. Isu ini mendapat reaksi negatif dari para netizen. Baca komen-komen mereka, ada yang berpendapat supaya jangan guna langsung khidmat Instafamous kerana tak berapa berbaloi. Jadi pengajarannya, pada yang berhajat nak guna khidmat Instafamous untuk review produk, silalah berhati-hati ye. Dan pada instafamous kat luar sana tolonglah tepati janji anda, tahulah anda popular tapi janganlah layan klien anda macam ni, sama-sama nak cari duit kan? -CARI
|
3
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shinchancomot replied at 19-1-2018 02:36 PM
STORY DI IG BELIAU~ KUI3...
sofiazara replied at 19-1-2018 03:55 PM
entahlah, aku tak pernah terjebak utk terasa nak membeli barang dari review instafamous. mungkin aku ...
krustykrab replied at 19-1-2018 03:24 PM
aku kalau tgk ada review2 ni tak pernah nya aku teringin nak baca pun...scroll laju2 ke bawah
...
CiliPadiSedap: adik akak wat bisnes insta, bayar RM 40, hangus. akak nak cakap tiada jalan mudah nak buat sales. pemikiran budak insta batak lagi ramai instafa ...
ADVERTISEMENT