Sesiapa yang tak makan itik atau tak suka makan itik pasti akan berubah fikiran selepas menjejakkan kaki dan makan di Kedai Makan Itik Salai Mashtar. Terlampau sedap hinggakan ada yang mendakwa hirup kuah sampai licin!
Itik di kedai makan ini disalai sehingga lembut sampai tulang pun boleh dikunyah. Harganya juga berpatutan, 4 orang makan beserta ulam hanya RM35! Hidangan kedai makan ini hanyalah itik, ikan keli, daging dan ayam yang disalai dan kemudian dimasak Masak Lemak Cili Padi. Lebih menarik, hidangan hanya akan dimasak sebaik sahaja anda membuat pesanan.
Ini bermaksud hidangan yang disediakan di meja anda panas-panas, menambahkan lagi selera anda. Satu set lengkap sajian dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam dan air. Menurut pemilik, Masthar bin Takril, itik di sini adalah yang paling popular, dihidangkan dengan kuah asam yang mengecurkan air liur. Saiz hidangan cukup mewah, rasanya pula enak betul! Macam tak setanding dengan harganya yang murah dan amat berbaloi. Sesiapa yang ingin menikmati citarasa kampung bolehlah berkunjung ke sini! Lokasi :Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bangi, Selangor Anda juga boleh menikmati itik salai ini di cawangan Cheras dan Kajang. Alamat cawangan Kajang: Lot 741 Kampung Rinching Hulu 43500 semenyih Selangor 43500 Kajang, Malaysia Alamat cawangan Cheras: Taman Jaya, 56000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur Ayuh makan itik! Quack quack! -CARI
|
39
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ipo: haaa..yang ni ke yang sepupu aku cakap sedap tu?boleh la try lepas ni..
siputsedut replied at 19-1-2018 05:05 PM
Sedap! Aku try ikan keli ngn itik salai...rasa mcm nak tambah nasik tp segan...hehe kuah dia tu ...
myakayina replied at 19-1-2018 05:24 PM
u pegi weekend ke babe? mcm nak try je kat kajang tu..
siputsedut replied at 19-1-2018 05:05 PM
Sedap! Aku try ikan keli ngn itik salai...rasa mcm nak tambah nasik tp segan...hehe kuah dia tu ...
noraidil_06: Dapnye itik.jauh la plak semenyih
ADVERTISEMENT