Siapa sangka sosej yang enak mampu menyelamatkan nyawa seorang penjual daging? Memetik BBC, Christopher McCabe, 70, terperangkap di dalam bilik sejuk beku di kedainya di Totnes, Devon. Menurutnya, ketika mengambil daging pesanan pelanggan, pintu tiba-tiba tertutup kerana ditiup angin kuat. Pada awalnya, McCabe tidak panik kerana dia tahu bilik itu dilengkapi sebuah butang keselamatan yang membolehkan pintu dibuka dari dalam. Alamak! Boleh bayangkan tak kalau kita berada dalam situasi macam itu? Mesti menggelabah habis, kan? Namun, malang nasibnya apabila butang itu sudah beku kerana suhu di dalam bilik berkenaan mencapai -20 darjah Celsius yang juga boleh membunuh manusia dalam masa satu jam kerana kedinginan. Dia cuba mengetuk pintu, tapi tiada siapa mendengarnya dari luar. Ketika panik, McCabe ternampak sebungkus sosej beku dan menggunakannya untuk mengetuk butang berkenaan hingga berjaya memecahkan ais di sekeliling butang itu dan membuka pintu tersebut. "Saya sangat bernasib baik. Kami menjual sosej itu dalam dua hingga tiga bungkus seminggu dan sosej yang saya jumpa adalah stok terakhir yang kami ada," katanya. Nasib baiklah dia jumpa yang besar. Kalau guna sosej kecil yang biasa kita jumpa di kedai itu, alamatnya membekulah dia selepas sejam. - CARI |
26
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT