Tidak dinafikan, golongan artis memang suka sangat buat pembedahan plastik. Hidung penyek boleh dimancungkan, kulit kasar boleh dilembutkan, bibir nipis boleh ditebalkan dan bermacam lagi semata-mata nak kelihatan cantik 'meletup'. Tapi macam biasa, bila lakukan pembedahan plastik mestilah ada kesan bengkak di muka dan disebabkan itulah ramai yang menuduh aktres Bollywood, Katrina Kaif juga melakukan prosedur tersebut. Menurut Pinkvilla, wajahnya kelihatan bengkak sejak akhir-akhir ini, berbeza betul dengan penampilan sebelumnya. Ramai yang kecoh namun akhirnya segala persoalan terjawab bila sumber terdekat dengannya menafikan dakwaan tersebut. "Katrina tidak pernah melakukan pembedahan plastik seperti yang didakwa nitezen. "Wajah Katrina mungkin agak berbeza sedikit sejak akhir-akhir ini kerana dia sedang mengalami masalah sakit gigi sehingga mengalami perubahan pada wajah. "Untuk mengatasi masalahnya itu, Katrina telah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan akibat ubat yang diberikan membuat wajahnya bengkak. "Katrina juga berterima kasih kepada peminatnya yang prihatin dengan masalah yang dihadapi olehnya itu." Kesian Karina kena fitnah. Tak perlu pembedahan plastik pun, Karina memang dah semula jadi cantik. -CARI |
17
Bagus |
29
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
26
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 19-1-2018 09:22 PM
Kalau sakit gigi
Mmg.effect.pada bibior skali ke?
chikumanis replied at 23-1-2018 04:37 PM
ha'ah...lepas dia pakai braces...
tapi dia tak pakai braces pun...gigi aku ni bnyak dah sak ...
ADVERTISEMENT