CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dukun Bagi Ubat Hamil, Rupanya Perut Jadi Buncit Sebab..

22-1-2018 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5742| Komen: 25

Kisah dukun menipu bukan sahaja berlaku di negara ini, sebaliknya ia turut berleluasa di tempat lain seperti di negara-negara Afrika. 

Dikatakan seorang wanita di Guinea yang mengaku dirinya seorang dukun dan membuatkan kira-kira 700 wanita percaya bahawa mereka telah hamil, ditahan oleh pihak berkuasa.


Menurut laporan BBC, dukun tersebut, N’na Fanta Camara, memperdaya wanita yang sukar untuk hamil dengan memberikan mereka ramuan campuran herba dan ubat-ubatan. Ramuan itu akhirnya membuatkan perut menjadi kembung, sekali gus membuatkan mereka percaya bahawa mereka sedang mengandung.

Ratusan mangsa Camara itu berusia antara 17 hingga 45 tahun.

Bukan itu sahaja, untuk ‘pertolongan’ itu, mangsa dikenakan bayaran berjumlah AS$33 (RM130), sedangkan golongan yang terpedaya itu secara purata mendapat pendapatan hanya AS$48 (RM190) sebulan.

“Sudah setahun sejak saya bertemu dengannya untuk mendapatkan ramuan tersebut. Pada awalnya, dia memberi saya ubat-ubatan daun herba yang membuatkan kami muntah.


“Dia bagaimanapun meyakinkan kami bahawa ia selamat dan bagus untuk kesihatan.

“Semakin lama kami minum ramuan itu, perut kami jadi kembung. Kami kemudiannya akan merujuk kepadanya. Dia akan menyentuh perut kami dan mengisytiharkan kami mengandung,” kata seorang mangsa.

Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh doktor, kesan fizikal perut yang disangka hamil itu sebenarnya komplikasi dalaman akibat kandungan ramuan Camara yang memudaratkan.

Foto Carian internet
Ketika disoal siasat oleh polis, Camara mendakwa tujuan utama di sebalik perbiatannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kes itu kini sudah tular ke seluruh Afrika dan rantau berdekatan, dengan gambar perut mangsa yang menderita dipamer dan menjadi bualan umum. - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 22-1-2018 05:53 AM
Dukun kt indon lg hebat
Dia bg pesakit pregnant betul2
Dr benih dia
Quote sukacactus 22-1-2018 06:52 AM
Kalau dukun lelaki, dah betul2 hamil dah diorang ni semua
Quote kucen_miang 22-1-2018 07:02 AM
baca tajuk ingat ka ada pertbhn 700 org.
Quote kucen_miang 22-1-2018 07:02 AM
baca tajuk ingat ka ada pertbhn 700 org.
Quote Simunggu 22-1-2018 07:16 AM
di Malaysia tak perlu pg dukun....ramai org boleh hamil...termasuk lelaki....
Quote chinta89 22-1-2018 09:14 AM
la.. nak hamil buat perhubungan ngn pasangan je lah yg pegi pcy bomoh tu kenapa????
Quote batmana 22-1-2018 10:35 AM
hukum dia kembung smpai 700 kali aja
Quote pejol 22-1-2018 10:38 AM
with dukun,they trust
Quote insulin 22-1-2018 10:42 AM
Ramuan apa tu? Sampai perut kembung dibuatnya.
Quote minguk 22-1-2018 10:55 AM
kesian nya mangsa tu...
Quote ninja boy 22-1-2018 11:26 AM
Tak berduit masih mau hamil
Quote jazaa100 22-1-2018 12:23 PM
Hidup miskin, masih gigh nak hamil....
sian kat anak.....
Quote mizzmimi 22-1-2018 12:28 PM
Kesiannya.. Tak pasal2 je. Patut mintak kat somi je..
Quote Burong_Hantuk 22-1-2018 02:35 PM
perbuatan keji
Quote cewekbopot 22-1-2018 03:42 PM
bole mengempis lagi tak perut2 tu? ksiannyeee
tu isi kandungan daging ke lelemak tu? aish byk pertanyaan tampa jawaban ni..
Quote puteribaya 22-1-2018 04:01 PM
aduyaii..x tercabar ke lelaki kat kampung tu?mereka sudah x diperlukan lagi
Quote MH3707 22-1-2018 04:19 PM
kira ok lagi dukun tu tak kerat 18 lepas dah pregnantkan mangsa...

ps: teringat kes mona fendi...dukun mona fendy
Quote samasam90 22-1-2018 04:19 PM
gigihnye nak mengandung walaupun miskin
Quote Jorja 23-1-2018 01:52 AM
Teringat pastor african yg spray muka pesakit guna racun serangga

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.118976 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top