CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maafkan Cikgu" - Sebab Murid Ini Tak Siapkan Kerja Sekolah Buat Netizen Terharu

22-1-2018 12:41 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 4158| Komen: 11|Original author: Oleh: Khair

Seorang guru pasti akan menegur dan memarahi muridnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah kerana ia adalah tanda guru itu mengasihi dan ingin melihat muridnya berjaya pada masa hadapan.


Baru-baru ini, seorang guru bernama Ameera Nabila memuat naik sebuah video di laman Facebooknya (FB) memaparkan salah seorang muridnya sedang menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan. 

Sekali tengok, tiada apa bezanya dengan murid lain. Namun, selepas membaca kapsyen Cikgu Ameera, barulah faham kenapa dia lambat menyiapkan kerja sekolah. 

Murid tersebut membaca dan menulis dalam keadaan terbalik hingga ia menyebabkan murid itu agak lewat menyiapkan kerja rumah. 


Loading FB Post...



"Masyaallah. Maafkan cikgu sebab marah-marah awak tak buat kerja sekolah. Rupanya awak lambat menulis. 

"Hari ini, cikgu jumpa seorang yang membaca dan menulis dengan terbalik. 

"Awak tetap berusaha untuk cikgu dan yang paling penting untuk diri awak sendiri. Kita usaha sama-sama ya, sayang," tulis Cikgu Ameera. 

Video tersebut meraih pelbagai respon netizen dan rata-rata berasa terharu dengan usaha murid berkenaan selain menghargai usaha Cikgu Ameera untuk membantu muridnya. Bahkan, ada juga netizen berkongsi pengalaman hampir sama iaitu lambat untuk membaca, tetapi kini telah berjaya dan perkara yang penting adalah tidak berputus asa. 



Tetapi, ada satu perangai netizen yang tak pernah hilang iaitu pantang lihat yang cantik sikit, yang kacak sikit, mulalah ada usaha ber'pickup line' untuk mengurat. Amboi-amboi, netizen menggatal betul, lah.



Semoga satu hari nanti, anak murid Cikgu Ameera ini akan berjaya dan menjadi manusia berguna untuk masyarakat serta bangsa. - CARI

6

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
20

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 22-1-2018 01:28 PM
harap cikgu tu nasihatkan mak bapak budak tu bawak anak pergi pakar..
macam sindrom disleksia je..
Quote MyNameIsIris 22-1-2018 01:32 PM
prettyuglybabe replied at 22-1-2018 01:28 PM
harap cikgu tu nasihatkan mak bapak budak tu bawak anak pergi pakar..
macam sindrom disleksia je..

i baru nak tulis camtu
apa mak pak dia tak notis ke selama ni?
ke macam kes dulu yang boleh tulis terbalik tu, apaknya terkejut sebab baru 1st time dalam hidup tengok anak buat kerja rumah selepas bertahun2...
Quote aleesyasofia 22-1-2018 02:03 PM
nie bkn ciri2 dyslexia ke??
Quote batmana 22-1-2018 03:00 PM
cikgu ni pn
tk pnah tgk cite  amir khan ke?

aku rasa, tk payahla rekod video bdk tu. sian , malulak nnti.
bwa terus ke pakar, tu jalan yg btul

cikgu  baru keje
kalau dh keje 30 tahun, apa nk kene upload 400 video ke apa?

bukan ada pekeliling kt guru2 malaysia ka, tkle rekod video murid ke tenet
psl nk elak bnda2 -ve msa akan dtg
Quote dewimalam78 22-1-2018 04:32 PM
Ada sorg prof cerita..
Dulu ms kecik dia lambat bckp, lambat membaca, lemah math, upsr sekadar cukup makan.
Lps spm, dgn result yg sgt sederhana, dia try apply matrik. Masuk matrik fizik.
Lps tu baru dia tau..dia ada ciri2 dyleksia.
Skrg dia dh jd prof fizik ipta.

Byk artis/selebiti yg ada ciri dyleksia
Quote jazaa100 22-1-2018 04:56 PM
Klu cikgu dulu dulu ni....
Siaplah kepala dah kena libas dengan buku ...
Cikgu dulu garang...
Dorang bkn paham dyleksia ke hapa....
yang dorang tau, tak buat kerja sekolah, aku hempuk kau......
Quote RooneyMara 22-1-2018 08:46 PM
I pun rasa dia dyslexia. Ada byk pusat dyslexia Malaysia sekarang kan? About 15 mins from my rumah, ada nampak satu. Haritu pegi rumah sedara di JB pun ada nampak.  Better mak dia check n confirm kan dgn doctor, so that dpt masuk pdm.
Quote Sazida 22-1-2018 09:19 PM
dewimalam78: Ada sorg prof cerita..Dulu ms kecik dia lambat bckp, lambat membaca, lemah math, upsr sekadar cukup makan.Lps spm, dgn result yg sgt sederhana, dia tr ...

  
Contoh toklip telajak disleksia. Kan dia claim dia disleksia.. {:nose
Quote RatuDunia94 23-1-2018 01:24 AM
Skrg semua benda nk record n post kat sosmed. Siap letak muzik latar lg tu.. Jgn sampai surat dpt surat saman dah la.. Better terus refer ke parents budak tu dulu..
Quote haryatie 23-1-2018 12:54 PM
better la cikgu ni contact/jumpa parents budak tu
mana tau ntah2 parents nya jenis yg x ambil tahu psal ank sgt
tahu ank gi sekolah sudah..pndai2 la ko nak belajar mcam mna pun
sian budak tu
Quote deekhan 23-1-2018 01:30 PM
cikgu ni tanggunjawab besaqq

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099369 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top