CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cukup-Cukuplah Bodohkan Anak Kecil Dengan Gambar Wajah Hantu Di Skrin Telefon

22-1-2018 01:14 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8876| Komen: 23|Original author: Oleh: Whitney


Tular tentang cara mudah untuk tidak benarkan anak kecil ketagih bermain telefon pintar iaitu dengan meletakkan gambar wajah hantu yang menakutkan di skrin telefon. Mungkin ibu bapa yang melakukan itu sudah buntu memikirkan cara untuk menghilangkan ketagih anak-anaknya bermain telefon sehinggalah timbul idea yang menakutkan itu.

Ramai juga ibu bapa yang telah cuba meletakkan gambar wajah hodoh hantu yang ditular pada skrin telefon pintar masing-masing dan ada yang menganggap cara tersebut berkesan. Anak-anak mereka sudah tidak berani lagi memegang telefon pintar dan nampak begitu takut. 

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila ada anak yang tidak kuat semangat sehingga menyebabkan dia tidak boleh tidur kerana asyik terkejut dan menangis ketakutan. 

Seorang lelaki, Norazri Bin Medzlan menasihati netizen agar tidak menggunakan cara sebegitu untuk menakutkan anak-anak kecil mereka kerana ia berbahaya dan dan boleh melemahkan semangat anak-anak. 



Ramai netizen yang bengang dengan sikap ibu bapa yang bertindak tanpa memikirkan kesan ke atas anak-anak kecil mereka. Anak-anak kecil itu jiwanya masih lemah dan tidak boleh ditakut-takutkan dengan perkara-perkara sebegitu. Tak kesian ke kat anak?


Anak-anak kecil yang ketagih gajet sememangnya salah ibu bapa itu sendiri. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk kawal anak-anak kecil yang ketagih gajet. Pandai-pandailah fikirkan penyelesaian dengan cara yang bijak. Tak gitu? 


Jadi, sebelum kita bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kaji dulu apa kesannya. Mungkin betul dengan cara tersebut anak-anak sudah tidak mahu bermain telefon kerana takut melihat wajah hantu di skrin telefon, namun dari sudut lain, ia telah melemahkan semangat anak-anak dan kesannya anak-anak akan jadi fobia dan penakut sehingga mengigau semasa tidur. 

Jom kongsi cara yang kalian gunakan untuk elak anak selalu bermain gajet di ruangan komen. - CARI 

14

Bagus
50

Marah
20

Terkejut
9

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • CarmeLalewis

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 22-1-2018 01:29 PM
hr tu iols buat jugak sbb my dotter asal tgk muka iols minta hp

pastu iols letak, sheols amik sheols gelak2 je pastu buat2 mcm baca doa

still dia main tepon iolss

hahah

skg ni iols nk install apss lipas kt screen tgk blk nnt dia nk pegang x hp iolss

kalau tak jd jugak tak tau laaaa

Quote kikuri 22-1-2018 01:48 PM
ank no 2 aku dia takut mickey mouse... sebab dia kemaruk nak tengok shopee aku letak la wallpaper mickey mouse... terpelanting hp aku...

Quote gadis_tulip 22-1-2018 02:05 PM
idakamaruddin replied at 22-1-2018 01:29 PM
hr tu iols buat jugak sbb my dotter asal tgk muka iols minta hp

pastu iols letak, sheols amik she ...

anak u pon takut lipas jugok ke? Hahahaha
Quote aleesyasofia 22-1-2018 02:07 PM
idakamaruddin: hr tu iols buat jugak sbb my dotter asal tgk muka iols minta hppastu iols letak, sheols amik sheols gelak2 je pastu buat2 mcm baca doastill dia main t ...


npe chuolss tak letak password jer..??
Quote idakamaruddin 22-1-2018 02:15 PM
aleesyasofia replied at 22-1-2018 02:07 PM
npe chuolss tak letak password jer..??

bkn masalah pwd dia x kira dia nak hp iols jugak kalau tak bg dia nangis..

my dotter br setahun setengah tp tu la kalau nmpk muka iols dia tadah tgn minta

kadang mmg x bg tp dia nangis or kacau abg dia buat home work ke kacau abg dia main ke

kacau tu plak bkn yg ringan dia kacau dia ketuk kepala abg dia..menangis la si abg

pastu kalau iols nk buat keje rumah mmg terpksa bg fon kt dia cuma ye la kadang iols nk guna gak la fon dpt kt dia xnk bg plak tu


Quote idakamaruddin 22-1-2018 02:15 PM
gadis_tulip replied at 22-1-2018 02:05 PM
anak u pon takut lipas jugok ke? Hahahaha

dia tgk lipas IRL mmg takut la

tp ni xtau la kalau kt fon dia geli ke tidak

br nk try blk nnt


Quote idakamaruddin 22-1-2018 02:16 PM
kikuri replied at 22-1-2018 01:48 PM
ank no 2 aku dia takut mickey mouse... sebab dia kemaruk nak tengok shopee aku letak la wallpaper mi ...

motif dia takut ngn mickey mouse yg comel tu


Quote aleesyasofia 22-1-2018 02:18 PM
idakamaruddin replied at 22-1-2018 02:15 PM
bkn masalah pwd dia x kira dia nak hp iols jugak kalau tak bg dia nangis..

my dotter br setahun ...

payah la gitu kan chuolss.. iolss xkwin dan xde anak lg.. jd xtau mcm mana nk handle..

cuma pd iolss, chuolss kne tegas ckit la.. iolss suka tgk return of superman.. hwi jae appa twin tue sggp xnk pkai fon just pakai fon umah jer sbb twin dok main fon bkak utube.. ble dh xde fon diorg jd behave la..
Quote idakamaruddin 22-1-2018 02:22 PM
aleesyasofia replied at 22-1-2018 02:18 PM
payah la gitu kan chuolss.. iolss xkwin dan xde anak lg.. jd xtau mcm mana nk handle..

cuma pd ...

iols sblm ada anak pn kan siap pandang remeh kt parent bg anak gadjet ni

siap azam nnt ada anak x kn bg dorang gadget..gitu

tp bila ada anak br tau hahaha

si kecik ni kalau iols x bg fon dia akan mengekor merengek kt kt kaki iolsss nk buat keje 1 pn payah

last2 give up bg gak fon tgk utube kids..

tp tula bila dh ajar x leh kembali pada asal la

abg dia dulu pn heavy gila main gadget smpai iols risau tp bila dh masuk sek dia slow down sendiri... mlm sebelum tdo je iols bg tgk or main kejap n heols xde memberontak

hrp2 adik nye pun sama la

cuma skg ni iols nk kurangkan si adik jgn asal tgk muka iols nk hp..smpai iols nk call pn xleh dia ngamuk nak

mmg kene sorok la hp dpn dia kalau tak berebut ngn dia je


Quote kikuri 22-1-2018 02:34 PM
idakamaruddin replied at 22-1-2018 02:16 PM
motif dia takut ngn mickey mouse yg comel tu

sebab anak meols terkejut dengan maskot mickey mouse masa pegi cameron dua tahun lepas... terus takot dengan mickey mouse sampai sekarang...
Quote dewimalam78 22-1-2018 02:58 PM
Sebenarnya kita boleh ajar anak2 tak boleh ngadap gadget je.
Kena tegas dan explain knpa boleh knapa tak boleh. Buat rutin time bila boleh main time bila tak boleh main.
Cuba join parenting matsaleh. Byk tips.
Ai garang. Jam 7 ke atas diorg tau tak boleh On tv tanpa kebenaran. N automatik mlm tak boleh tgk kartun.
Quote amyza 22-1-2018 03:14 PM
Anak2 i pulak tak usik hp i,letak lah kat mana pun. Sebab nye takde pe pun dlm hp selain gambar2 je. Takde game/youtube. Padan muka diorg
Quote niena90 22-1-2018 04:30 PM
hantu dan melayu berpisah tiada. kita dari kecik dididik utk takut dgn momok impact dia sampai ke tua ok.
Quote CiliPadiSedap 22-1-2018 07:38 PM
akak letak gambar abg sajat meraung raung hantu yang tengok
Quote BoongaKertas 23-1-2018 07:54 AM
kikuri replied at 22-1-2018 01:48 PM
ank no 2 aku dia takut mickey mouse... sebab dia kemaruk nak tengok shopee aku letak la wallpaper mi ...

Ala, comelnye takut mickey mouse. Hehehe
Quote ladybugz 23-1-2018 08:16 AM
Stakat ni anak still in control bab2 hp ni. Cume die suke tgk tv. Umur 1y 8mths. Kalau tv tu dora la ape sume kartun la suke tgk. Cume ntahla cube nk jd tegas n buat muke garang tp die just sengih2 je. Aduhaii..
Quote gadisfebruary 23-1-2018 08:17 AM
Didikan tu bermula dari cara mak ayah bukan dari gambar hantu tu lol
Quote deekhan 23-1-2018 01:42 PM
sian bebudak tecik
Quote Artemesiaa 24-1-2018 04:09 PM
Sendiri yang ajar sikit2 nak bagi leka ajar anak main phone.  Jadi tak perlulah nak mengeluh sampai nak kena letak gambar yang menakutkan segala untuk melarang tak da maknanya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053988 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top