Sudah menjadi trend selebriti media sosial masa kini 'buat duit' dengan hanya membuat review produk selain mengharapkan pengikut ramai dan like yang banyak. Terbaru, tular di laman sosial apabila seorang blogger dengan beraninya meminta untuk menginap di sebuah hotel secara percuma.
Menerusi e-mel dihantar kepada White Moose Café, blogger wanita ini meminta pihak hotel berkolaborasi dengannya. Bagi membalas jasa baik mereka memberi penginapan percuma, blogger berkenaan akan membuat review hotel terbabit di laman sosialnya secara percuma. Apa pula kata White Moose Café? Dah berani minta benda percuma, kenalah berani tanggung risiko kena reject kan? Jom tengok maklum balas pemilik hotel itu pula. Memang padu! "Awak memang sangat berani hantar e-mel sebegini! "Kalau saya benarkan awak menginap di sini secara percuma, siapa akan bayar staf yang telah 'menjaga' awak sepanjang menginap di sini? "Siapa akan bayar tukang cuci yang membersihkan bilik awak? Siapa akan bayar bil air dan elektrik awak?" tulis Paul Stenson. Memetik Metro.co.uk, blogger berusia 22 tahun itu memuat naik sebuah video menyatakan dia berasa sangat malu kerana pemilik hotel mendedahkan dirinya di khalayak ramai. Gara-gara video itu, White Moose Café dikecam netizen. Paul bagaimanapun, memuat naik sebuah posting menyatakan dia tidak pernah mendedahkan identiti blogger terbabit, sebaliknya blogger itu yang mendedahkan dirinya sendiri. Tapi, tak mengapalah kerana sekurang-kurangnya kedua-dua pihak dah terkenal sekarang, tak macam tu? - CARI |
9
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
26
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
setori_mori replied at 22-1-2018 08:39 PM
Pprt nya owner hotel ni. Welcome to the new era la now everything is about social media. Kalau tak m ...
ADVERTISEMENT