CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Bersara Kerana Tak Laku, Altimet Kecil Hati

23-1-2018 09:44 AM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 11466| Komen: 92|Original author: Oleh: Amirah

Selepas Altimet mengeluarkan kenyataan ingin bersara dalam insdustri seni, ada pula komen negatif netizen yang membuat kesimpulan tentang keputusan mengejut ini dengan mengatakan lagu-lagunya tidak laku di pasaran.


Foto: IG Altimet
Altimet yang terkenal dengan lagu yang berunsur sinis dan nasihat membalas komen pengikutnya di Instagram serta mengakuinya sendiri bahawa lagunya memang kurang mendapat sambutan. Jualannya pula belum pernah mencapai RM2 juta.

Walaupun netizen tersebut telah memohon maaf, Altimet tetap membuat penjelasan tentang kehidupannya yang kini lebih selesa dan tidak lama lagi bebas menanggung beban hutang.

Foto: IG Altimet

Sungguhpun menyedari bahawa artis pada masa kini lebih suka menunjukkan kemewahan yang diperolehi di media sosial, namun tidak bagi Altimet kerana itu bukanlah sifatnya.

Foto: Facebook Altimet
Menurutnya lagi, wang simpanan dan hartanya cukup untuk dirinya meneruskan hidup bersama keluarga tercinta.

Kisah persaraan Altimet ini sudah lama di umumkan pada awal tahun lalu, tetapi ia kembali menjadi isu apabila netizen memberi tanggapan negatif pada hidupnya.

Ramai yang tidak tahu bukan mudah menjadi artis yang perlu mencari ruang sendiri untuk meningkatkan potensi diri. Jika tidak berusaha, memang tenggelam dan mula dilupai kewujudan mereka dalam industri seni tambahan pula sekarang ramai pendatang baru yang berjinak dalam bidang seni. Kemewahan yang digambarkan di media sosial tidak sama dengan apa yang dilalui secara realiti.

Foto: IG Altimet
Bagi peminat Altimet di seluruh tanah air bolehlah terus mengundi penyanyi rap kegemaran mereka ini dalam Anugerah Meletop Era 2018 bagi kategori 'Penyanyi Meletop', 'Group / Duo Meletop' dan 'Lagu Meletop'.

Foto: IG Altimet
Tidak mengapalah Altimet! Rezeki itu luas kalau kita tidak putus asa mencari. Biarlah orang tidak faham kita, yang penting kita fokus dengan matlamat hidup kita. - CARI
16

Bagus

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 23-1-2018 09:48 AM
bersara je lah dik...kau nyanyi lagu hip hop pun berapa kerat je peminat kat Malaysia ni. Lagipun kau pun dah masuk alam kertu..so takkan nak berhip hop lagi. Ko ambik sejarah artis2 hiphop/RAp dulu2 lah..mana ada yang bertahan lama dalam industry Malaysia...KRU pun dah tak RAP ...cuma buat filem atau runut bunyi jer dik. Kalau kau nyanyi Ballad/pop ..ada kemungkinan boleh bertahan tapi kena pandai cari lagu yang bagus. sekian
Quote Themilo 23-1-2018 09:54 AM
takpe la bang met, kalo dah takde rezki kat bidang nyanyi, bang met jadi la komposer / penerbit ke.. contohi ex-crew Teh Tarik Crew chuols dulu, Misz Nina.. aman-aman ja walaupun dulu kemain western digital sangat..

Quote msdummy.2018 23-1-2018 09:59 AM
rezeki itu luas...rilek sudahlah...xpayah nk jadi hati tisu
Quote eLiaD 23-1-2018 10:02 AM
Edited by eLiaD at 23-1-2018 10:04 AM

ambaoii bley tahan sembang ko ye altimet..baru je muncul kt mhi ngan hael td..kehkehkeh
Quote sepitsiput 23-1-2018 10:06 AM
biarkan org nk mengeji chuols altimet...yg penting mek yaqqqin trofi baru AjL ni bakalan jd milik chuols...serasi gitewww

Quote Vokuro 23-1-2018 10:17 AM
heshe ini cerdik iya tapi macam tak habis belajar? heshe rasanya dapat scholarship jpa buat medic dulu  kat uk. maksud akak heshe di hantar ke UK untuk buat a level dan seterusnya ambil medic kalau layak sebegitu. yang jpa hantar terus UK ini yang result power2 jah
Quote pestol 23-1-2018 10:35 AM
kalau macam itu pestol pun nak bersara lah.. macam BK
Quote myakayina 23-1-2018 10:51 AM
takpela, rezeki ada dimana2..jgn risau...so far Altimet punya rap hip hop segala ok je kat telinga aku..takde nak slang lebih2.. dulu2 suka geng poetic ammo..walaupun geng cindian tapi ada je rap dlm BM.. skrg mana ntah mamat2 tu.. si yogi B katanya dah mendunia kat India sana buat lagu..
Quote Aduradura 23-1-2018 10:58 AM
Nak bersara diam2 dah laaa, ni dari haritu kate nk bersara....tapi tetap muncul di mana2 jugekkk...kang kalau dapat better offer, kan dah malu.....
Quote ciwi1166 23-1-2018 10:58 AM
sentap la pulak... tissue betul.
Quote MH3707 23-1-2018 10:58 AM
sampai skrg den terfikir2...camno lagu amboi3 tu leh masuk AJL...eh tp AJL pun anugerah sampah jugak kan,,,anugerah politikus...so no wonder...
Quote MH3707 23-1-2018 10:59 AM
sepitsiput replied at 23-1-2018 02:06 AM
biarkan org nk mengeji chuols altimet...yg penting mek yaqqqin trofi baru AjL ni bakalan jd milik ch ...

buruknya trofi buat camtu...
Quote MH3707 23-1-2018 11:00 AM
sepitsiput replied at 23-1-2018 02:06 AM
biarkan org nk mengeji chuols altimet...yg penting mek yaqqqin trofi baru AjL ni bakalan jd milik ch ...

mcm kematu...mcm yg adik ke abg sultanah bolkiah yg sakit tu...badan ada ketumbuhan tu...
Quote adeqbun 23-1-2018 11:00 AM
Amboi4x..jgn kutuklaaaa..die best sakastik org dlm lagu
Quote samasam90 23-1-2018 11:01 AM
sepitsiput replied at 23-1-2018 02:06 AM
biarkan org nk mengeji chuols altimet...yg penting mek yaqqqin trofi baru AjL ni bakalan jd milik ch ...

kejinye tokpit.. mohon tokpit sponsor sekali scalpel utk altimet supaya dia boleh cungkil biji2 rizman ruzaini, tempel kat lubang di muka.. #ploles
Quote Aduradura 23-1-2018 11:04 AM
MH3707 replied at 23-1-2018 10:58 AM
sampai skrg den terfikir2...camno lagu amboi3 tu leh masuk AJL...eh tp AJL pun anugerah sampah jugak ...

Dulu AJL tak sampah...seronok betul dulu tengok AJL....skrg semua anugerah sampah , dipenuhi dgn BBNU....bosan....BBNU ni popular pd lagu je, muka theyolls belum tentu org akn ingat....setakat ni muka BBNU yg iolls ingat hanya khaibahar, aimantino & hakimrusly
Quote samasam90 23-1-2018 11:06 AM
netizen memang hanjing kan. kalau gigih tayang kemewahan kata riak. kalau tak tayang, kata miskin berhutang. waima hidup netizen miskin merempat hutang keliling pinggang pastu buang sampah tepi tingka.p
Quote MH3707 23-1-2018 11:09 AM
Aduradura replied at 23-1-2018 03:04 AM
Dulu AJL tak sampah...seronok betul dulu tengok AJL....skrg semua anugerah sampah , dipenuhi dgn B ...

aku setuju,,AJL dulu sangat memorable time2 manan ngah,ahmad nawab, fauzi marzuki, adnan,sapa laie? etc (zaiton sameon,aishah,francisca peter,fauziah,search,ramlah etc)...skrg ni aku mcm takde desire nak tgk AJL mahupun muzik2 ni,,,ketara perbezaan selepas masuk tahun 2000an semuanya mcm dah musnah...
Quote Zumbajunkie 23-1-2018 11:11 AM
ugh sentap ke tu sampai merintih panjang lebar.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.084012 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top