Lelaki warga Indonesia ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Daesh, lapor Sinar Online.
Difahamkan, suspek, 23, ditahan kerana merancang melakukan serangan ke atas Bukit Aman dan Balai Polis Travers bagi merampas senjata api dari stor senjata api. “Suspek ini juga merancang untuk mencuri senjata api di lain-lain balai polis dan kem-kem tentera untuk digunakan dalam serangan di Malaysia dan Indonesia.
“Malah, pada November tahun lalu, suspek membuat pemantauan di sekitar Jalan Pudu dengan bersenjatakan sebilah pisau bagi mencari mana-mana sami Buddha sebagai membalas dendam kekejaman terhadap Islam Rohingya, namun gagal,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Selain berbai’ah dengan seorang pemimpin kanan Daesh menerusi aplikasi WhatsApp, suspek yang juga buruh binaan cuba merekrut beberapa warga Indonesia bagi menyertai kumpulan terbabit. Suspek disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). - CARI
|
7
Bagus |
11
Marah |
1
Terkejut |
16
Sedih |
2
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
razony replied at 23-1-2018 11:54 AM
indon nak balaz nordin ngentop yang sudah membom bali dahulu
pyropura replied at 23-1-2018 02:28 PM
Indon - tiada hari tanpa kantoi
pyropura replied at 23-1-2018 02:27 PM
Indon ni kantoi disana kantoi disini, serba kantoi yah @razony
minguk replied at 23-1-2018 10:22 AM
dah kenapa indon nak buat onar di negara orang?
pyropura replied at 27-1-2018 07:00 PM
Napa indon sering kantoi yah? @kairo
ADVERTISEMENT