CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disuruh Bagi 5 Bintang, Ini Jawapan Selamba Badak Penumpang Grab Dari Sabah!

23-1-2018 01:18 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7662| Komen: 27|Original author: Oleh: Ain

Kesian, dalam zaman serba canggih hari ini, rupanya masih ada lagi yang hidup di bawah tempurung.

"Bodoh sombong". Sesuai sangat peribahasa ini dengan mereka yang sering menunjukkan kebodohan diri sendiri di hadapan orang lain.

Terbaru, pengguna Twitter dengan nama Hania berkongsi pengalamannya berdepan pemandu Grab yang memandang sinis kepadanya hanya kerana berasal dari Sabah.

Nah, sekali 'selamba badak' Hania menempelaknya semula.


Adios!




Difahamkan, itu bukan kali pertama Hania diperlakukan sedemikian.


Naik bas je dari Sabah





Ramai netizen turut meluahkan rasa tak puas hati kerana orang dari Sabah dan Sarawak sering dipermainkan dan diperlekehkan.

"Sebagai orang semenanjung, aku malu dengan kebodohan mereka ni.

"Mesti tidur masa dalam kelas Geografi dulu!"
komen netizen.


Foto: Twitter

Best sangat ke mengejek asal-usul orang, ya? Tak faham betul mereka yang berfikiran cetek sebegini. - CARI
16

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 23-1-2018 01:47 PM
SG ok je ngn org sabah serawak..time blaja dulu depa mmg pandai survive sebab maybe dulu diorg susah belajar jauh2... maybe sebab tu depa xde masalah kerja jauh kat semenanjung...pandai adapt kan diri
Quote saviour_09 23-1-2018 02:03 PM
sya suka lihat sumandak2 sana bha
cantik2 bha semua
Quote zulka 23-1-2018 02:29 PM
dalam forum ni pun ramai juga batak mcm drebar teksi dgn grab tu  
Quote BoongaKertas 23-1-2018 03:15 PM
padan muka u grabcar driver! benci nye nak anaktirikan org semenanjung vs sabah sarawak. Boleh tak jgn diskriminasi mcm tu sekali?
Quote chazey 23-1-2018 03:44 PM
Aiol paling benci dolu2, bila jah nak balik Sabah, hada bodoh Malaya yang berkata,

"Oh, balik kampung? Jadi bila nak balik MALAYSIA?"

*facepalm*

Tapi kerna ai budak baik ai biasanya akan nicely reply bagitau tarikh ai scheduled untok balik Malaya. :lol%
Quote imransulaiman 23-1-2018 07:27 PM
Kawan saya pernah kena.
Soalan pakcik tu - dik, kat Sabah, bangsa apa yang paling jahat?
Kawan jawab - pakcik, jahat ni bukan ikut bangsa. Kalau memang dah jahat, melayu macam bangsa pakcik pun jahat juga...
Pakcik tu - ye betul nak....

Huhuuuu....
Quote MayaDelaRosa 23-1-2018 08:06 PM
Dah dtg Sabah/ srwk baru tau Diorg mcm mana..bangunan tinggi2...pakaian plak mahal2..sana moden ..canggih. .yg org smnnjung tgk dlm tv tu yg di kwsn pndalaman..mcmla kat smnnjung xde pendalaman..jns xsedar diri....
Quote mandak20 23-1-2018 08:20 PM
Pernah kena. Beli jam di KL, dia tanya dari Sabah ker? Ya... Then dia kata dia pun dari Sabah, dari Kota Belud. Lepas tu dia set jam, boleh dia cakap, ikut masa sini ker? Okaaayyyy. Org Sabah juga ya tanya.
Quote kroit92 23-1-2018 09:01 PM
aku so far 26 tahun hidup tak penah lagi jumpa orang kepala benak tak tau Sabah Sarawak, alhamdulillah

tak paham aku, diorang duduk seberang lautan tu je, negeri Malaysia jugak, ape bezanya? kawan2 aku dari Sabah Sarawak semua ok je..

cuma sorang tu je la pandang rendah kat orang semenanjung, yang sememangnya aku tak paham kenapa.. Like, mana datang semua sifat kenegerian menebal ni??

Ethnocentrism maximum
Quote makita 23-1-2018 09:09 PM
Eh kenapa ye org pandang sabah swak ni mcm kampung2 ja?
Seingat meols la...kenalan mak pak meols kenal dari kecik  org sabah swak ni kaya2 hapening je tgok idop dorg
Patu bila kt kolej....yg  dari sabah swak blajar kt semenanjung ni pandai2...sedangkan yg dari ulu2 tu kemudahan belajar tu kurang sgt...tp otak mantap2. Kwn meols dari sabah swak ni la yg abes study amek professional paper ICSA on time.
Yg dari sana la kepala ngam ngn meols. 2 besfrem meols pon dari sana.
Quote ~boolean 23-1-2018 09:34 PM
Orang sabah sarawak tak perlu terasa sangat,

Di semenanjung ni pun ada yang ingat kelantan masih tak ada bangunan tinggi. Orang semenanjung pun tak tahu negeri semenanjung...Memang tepuk dahi bila jumpa orang bengap begini.
Quote amon_79 24-1-2018 08:40 AM
sabah & sarawak ler paling advance ..parabola mencanak-canak..foreigner pon ramai kat KK tu... iols bukan maksudkan filipino jer... korean..china...jepun..aussie..NZ pon ramai... kedai korea pon dh byk bukak kat sana...
Quote meklalala 24-1-2018 08:49 AM
semalam mek naik uber..driver tu yg ampun ramah cakap banyak..bayangkan dr kg baru ke mid x benti ckp..mek penat nak layan tp mek ok je, kalau senyap je bosan lak..haha tp nasib baik dia bg byk kupon dominos..LOL
Quote mamapea 24-1-2018 10:50 AM
org semenanjung lg bengap ada la...blh pulak tanya...dok penang x kena halau ke?
family aku semua kt penang duduk aman2 jer...sapa yg nak halau?
Quote niena90 24-1-2018 10:58 AM
Masa blaja Uni dlu half class aku org Sabah/Sarawak takde pulak kita ni anggap dorg mundur pun. Dorg sama je mcm kita. Hello apekkk ko nak berlagak pun tak bertempat. Puihh
Quote raihaneem 24-1-2018 11:09 AM
Kawan2 sya org srwk yg dtg...kbykkannya kaya2... dftar masuk universiti..ptg tu terus p kedai beli keta kat anak. Utk kemudahan anak nk brgerak...
Quote lovechaser 24-1-2018 12:24 PM
So far, kalau pergi Sabah okay aje pakai grab and uber... takde masalah pun... ada tanya grab/uber driver kalau nak pergi kundasang pun dia boleh buat, cuma mahal ler... dia advise samada sewa kereta lagi easy nak jalan2 sana sini..
Quote ninjago 24-1-2018 01:02 PM
memalukan tul la org2 yg duk bwh tempurung xtau sabah sarawak tu macammana at least pasal transportation, technology, geografi. seriusss... where have you been your whole life???
Quote sofiazara 24-1-2018 03:14 PM
yang sebut 'malaysia' (semenanjung) tu biasanya orang2 tua. sebab zaman diorg  dulu sabah sarawak belum join jadi malaysia

jadi kalo ada yang inagt sabah sarawak tu negara lain, mereka agaknya biasa bercakap dengan org2 tua sekeliling mereka sahaja dan jenis ignorant dengan keadaan dunia semasa

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037197 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top