CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka Lemang? Jangan Berlengah Lagi, Jom Ke To'Ki Sekarang!

24-1-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 5554| Komen: 14|Original author: Oleh: Zailina

Nak makan lemang yang lembut, empuk berlemak dan tak keras berkerak? Mana lagi kalau bukan di Lemang To'Ki. 

Terletak di tepi Sungai Bentong, gerai ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu. Bagi kebanyakan mat-mat motor berkuasa tinggi, inilah tempat 'wajib' disinggah. Nak tahu anda berada tempat yang betul, tengok sahaja deretan motosikal berkuasa tinggi. 



Papan tanda Lemang To'Ki memang nampak dari jauh lagi

Bukan hanya lemang, pelbagai juadah tengah hari turut disediakan di sini. Memang happening. Tak perlu risau tak cukup tempat duduk sebab banyak meja dan kerusi di bawah bangsal, di kawasan berpagar pokok-pokok renek atau di tepi beranda dengan pemandangan sungai, pokok dan rumput menghijau. 


Makan dalam suasana dan persekitaran cantik menarik, fuh memang layan!


Antara lauk-pauk yang disediakan untuk juadah tengah hari

Dibuka seawal jam 7 pagi, bolehlah nak bersarapan beraneka juadah. Lemang dan rendang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Pelbagai lauk-pauk disajikan pada waktu makan tengah hari. Ayam, ikan dibakar bersebelahan dengan lemang. Orang beratur tu biasalah terutama waktu kemuncak. Jangan lupa pesan cendol, ABC dan minuman serta jus buah-buahan. 


Lemang yang cukup lemak santan dan harum buluh ditambah kesedapan rendang


Ayam bakar yang jadi favourite, tengoklah ... membukit.
Foto: FB To'Ki

Malam pula boleh pesan makanan panas seperti mi atau nasi goreng dengan lemang dan rendang. Kalau nak meriah lagi, tambahlah sate. Makanlah sampai restoran nak tutup, kira-kira jam 12 tengah malam.


Bawa ayah, mak, atuk dan nenek makan di sini. Sedap-sedap lauknya

Tempat parkir banyak sebab boleh diparkir hingga atas jambatan. Jika ada pengunjung yang tak suka bising, kena tahan telinga sebab muzik dipasang agak kuat. Jadi, kena cari tempat yang jauh sikit dari speaker. 


Restoran diperbuat dari kayu di tepian sungai, cantiklah!

Kalau anda mahu singgah membeli lemang dan rendang untuk dibawa pulang, sediakan fizikal dan mental kerana kena beratur panjang. Tapi, berbaloilah kan?

Alamat: 1978, Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.


Tak payah tunggu Raya baru nak makan lemang. Rendang "Lemang To'Ki" memang sedap malah sudah terkenal seantero Malaya. Jom pergi! - CARI
14

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 24-1-2018 12:39 PM
overrated sangat lemang toki ni..
rendang tak sedap pada tekak i..
ayam bakar boleh tahan la..
ok la takat jadi tempat lepak dalam perjalanan..
kalau datang semata-mata sebab makanan, dont think so..
Quote pearl.silver 24-1-2018 12:42 PM
Xpenah mkn yg kt jln tras ni..
Mkn yg kat cawangan kat benus tu..
Skang xmkn dah lemang tokki
Quote myakayina 24-1-2018 01:39 PM
biasa2 je mkn kat sini.. mmg port bikers jelah pun ..
Quote saviour_09 24-1-2018 01:52 PM
yeah overrated
port bikers je pun buat hilang penat layan highway
Quote helicornia 24-1-2018 02:46 PM
bukan ke baru2 ni kena tutup sebab notis jbtn kesihatan..kotor..agak2 le wartawan cari ni nk promot pun
Quote sabar_sabariah 24-1-2018 02:49 PM
sebulan 2x lalu depan kedai ni
on the way nak balik kampung
tak pernah tak ramai orang
dengan motor berderetan
aku jarang masuk kedai ramai orang ni
segan..
Quote msdummy.2018 24-1-2018 02:58 PM
dulu rajin makan sini..tapi sebab terlalu rmi sgt group2 sengangkatan dtg (doesnt matter biker, kapcai, keter mahai, murah sama jer prgi)...dah lah merokok kaw2 smpi kedai penuh dgn asap...so stop dtg dah...kalo dtg pun tuk tapau lemang smata2 then balik..sakit ht nk makan dgn orang kiri kana merokok tnpa pedulikan org lain. tegur kang sentap!
Quote msdummy.2018 24-1-2018 02:59 PM
tuh xtermasuk prgi masing2 smabut hr jadi smbil lempar tepung yerr...disebabkan bnyk sgt pelanggan senget mcm tuh jer buat i rasa malas nk menyumbangkan rezeki di situ...
Quote whadda 24-1-2018 03:17 PM
sedap jugak pade tekak aku.. baru ni pegi dah ade live band tapi bingit sangat la.. nak borak pon tak dengar
Quote vanillaninja 24-1-2018 03:29 PM
Banyak lalat. Dah orang bawak, I terpaksa la ikut. Kalau nak pergi sendiri memang tak la.
Quote Jorja 24-1-2018 10:55 PM
Sedapnya lemang.. paling suka lemang masakan orang malaya. Kalau kt tempat I ni yg menjual nya abang abang askar aja malu lah nak turun beli
Quote pro-goals 25-1-2018 07:53 AM
So so je....
Quote lyza2474 25-1-2018 11:23 AM
tempat ni kotor....
Quote jofizo 27-1-2018 09:08 AM
Overrated je...nk singgah pn naik mnyampah sbb tmpt geng bikers

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047524 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top