CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Terkejut Besar Temukan Ratusan Telefon Pintar

24-1-2018 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6587| Komen: 28

Terkejut dengan kehadiran ratusan telefon pintar yang terapung!

Itulah yang dirasakan oleh nelayan dan penduduk di daerah Paritiga, Bangka Barat yang dikejutkan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau.


Memetik Sinar Harian, Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir memaklumkan ratusan telefon pintar pelbagai jenama itu disedari nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu.

"Kalau kelmarin jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit...ada Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.

"Gara-gara penemuan ini, jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat kerana diberitahu telefon pintar terbabit dijual dengan harga yang cukup murah," katanya.


Tambah Hadir, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar berkenaan, namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari Kepulauan Riau. - CARI 
9

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 24-1-2018 04:49 AM
diorang masih setia dengan BBM kan...
Quote sukacactus 24-1-2018 05:37 AM
Bak 1
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 05:44 AM
kalau adk akak tahu jumpa iphone ni, mesti dia sanggup berenang daripada selat melaka ke bangladesh.

adk akak batak iphone, sebab tu akak anti remaja tak berduit beli iphone. bodo piang. spender mak ayah belikan sibuk nak beriphone. gaduh besar sampai lari rumah hari tu.  awek dia dah 2 kali putus. sejak dpt awek daripada 4 flat jatuh 2.7 . bodoh kan? tulah penangan cinta monyet.

akak nak dia jadi manusia tahu nilai cari duit susah. iphone xsalah tp remaja yang ikut trend jadikan iphone sebagai gaya hidup ni salah.

iman akak masih kuat , ikut hati akak pecahkan iphone tu.
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 05:46 AM
kau orang kalau ada adik  ada abg atau family yg sesat cepat2 nasihat dengan kasih sayang. sayang adk bradik kita.

darah daging kita, jadikan mereka dan diri kita manusia bukan jadikan diri kita dan mereka makin jarak makin menyendiri.

sayang ada limit sayang bukan dengan wang ringgit tp syg nak membentuk jadi manusia. ramai orang hari ni bernyawa tp sikap tak ubah seperti monyet. belajarlah jadi manusia.
Quote dani-rox 24-1-2018 07:10 AM
huntunglaahh... rezeki terpijak kata org.
Quote anony-mous 24-1-2018 07:13 AM
Lol dpt iphone tu bkn boleh guna pon. Kbykkan ada passcode , buat sendal pintu boleh la
Quote TuntungReturn 24-1-2018 07:19 AM
aku sembang ngan tukang repair hp. aku buat2 tny "bos,iphone ada lock leh bukak x?"
dia jawap apa " ini malaysia maa..boleh bukak punya. bawak dtg sini". trus aku gelak
Quote ultra78 24-1-2018 07:20 AM
Phone jatuh kontena? Mungkin yg dah rosak utk tujuan discrap. Ada aje org yg ekstrak emas dari circuit board.
Quote sofiazara 24-1-2018 08:49 AM
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 05:46 AM
kau orang kalau ada adik  ada abg atau family yg sesat cepat2 nasihat dengan kasih sayang. sayang ad ...

umur remaja kalau belum pernah rasa susah, diorg ni manja sikit dan too dependent dengan parents/akak abang lebih tua

bagi je dia kawin, tapi monitor la hidup dia sikit sikit. nanti cepatla matang dan tahula tanggungjawab samada nak beli susu anak atau nak beli iphone
Quote sherry70 24-1-2018 08:56 AM
mungkin  HP clone kot. bab ada samsung, apple, oppo. dtg sekapal
dari china.
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 09:19 AM
sofiazara replied at 24-1-2018 08:49 AM
umur remaja kalau belum pernah rasa susah, diorg ni manja sikit dan too dependent dengan parents/a ...

xnaklah sis, perjudikan anak dara orang. bayangkan tengah makan whatsapp awek. angin betul akak. akak belajar matang tengok percintaan parent akak, percintaan suami isteri lain, pakcik makcik.


tak de pun 24 jam berkepit kat phone walaupun outstation ke apa? cm bodo kan?

ni namanya cinta monyet dik, cinta unlimited stupidity data plan webe. masa depan cerah budak 4 flat tp kerana perempuan hancur berderai. last sem dapat 2.6, awek dia dapat 3.67. awek dia siap whatsapp mak akak. akak sampai masa nasihatkan budak tu jgn ganggu adik akak. sampai masa budak tu akan belah walaupun akak xnasihat.


mak ayah mana sanggup terima menantu bakal jobless? cgpa teruk? budak insta batak? iphone bergaya? sanggup ke tengok anak dara dia tiap2 hari makan iphone?

apa family akak lalui tlglah ambil iktibar pengajaran. ibarat curah air ke daun keladi dik. last2 lari keluar rumah balik rumah sewa cm pondan. kah3. selagi adk akak xmatang selagi tu akak fuck off kau2 sampai dia berubah. parent akak dh tua, ni masa akak tunjuk kuasa diktaktor
Quote lkick2113 24-1-2018 09:28 AM
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 05:44 AM
kalau adk akak tahu jumpa iphone ni, mesti dia sanggup berenang daripada selat melaka ke bangladesh. ...

Adakah Adik ko @dinopower2 ?
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 09:31 AM
lkick2113 replied at 24-1-2018 09:28 AM
Adakah Adik ko @dinopower2 ?

ye kut tu dia lari rumah tak balik2 pondan betul gang2 dino lah ni budak iphone moga dino nasihatkan budak2 iphone supaya beli bila mampu bukan sbb ikut trend dan pakai duit mak ayah
Quote dinopower2 24-1-2018 10:13 AM
lkick2113 replied at 24-1-2018 09:28 AM
Adakah Adik ko @dinopower2 ?

motif sgt sampai camtu skali haha....
Quote nolya 24-1-2018 10:43 AM

Dah terendam air laut masih boleh berfungsi lagikah?
Quote batmana 24-1-2018 12:30 PM
brg seludup ni
AP set, nk elak cukai
seludup dgn sampan
terserempak dgn kastam
ada 2 pilihan

1. pegang brg seludup tu, bdepan hukuman
2. buang ke laut

Quote Artemesiaa 24-1-2018 12:35 PM
Mungkin barang seludup ler tu dah nak kantoi campak je dalam laut dari nak kena hadap hukuman
Quote sukacactus 24-1-2018 12:40 PM
nolya replied at 24-1-2018 10:43 AM
Dah terendam air laut masih boleh berfungsi lagikah?


Kat pic atas tu boleh on lg tu
Quote sinalegna 24-1-2018 12:46 PM
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 05:46 AM
kau orang kalau ada adik  ada abg atau family yg sesat cepat2 nasihat dengan kasih sayang. sayang ad ...

Thanks kaka cili..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.511376 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top