CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sepandai-pandai Melompat, Kena Tangkap Jua - Netizen Terhibur Dengan 'Pocong' Nakal

24-1-2018 01:57 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 3528| Komen: 13|Original author: Oleh: Khair

Antara hantu tempatan yang sering menjadi bahan momokan adalah hantu pocong atau juga dikenali sebagai 'gula-gula' kerana bentuknya berbalut dengan kain kapan kusam dan melompat-lompat untuk bergerak. 


Pendek kata, kalau orang mengatakan ada pocong pernah kelihatan di sesebuah kawasan, pasti ramai orang berasa takut ketika melalui kawasan tersebut dan seboleh mungkin cuba mengelak dari situ.



Berlainan pula dengan sekumpulan remaja dari Kedah ini yang pada mulanya hanya berniat ingin bergurau dengan membalut tubuh rakan mereka persis pocong.

mereka membalutnya dengan selimut dan melompat-lompat di sekitar kawasan kampung mereka di Kampung Padang Kunyit, Bukit Pinang.



Foto: Harian Metro

Malang sekali apabila kumpulan remaja ini ditahan polis yang sedang melakukan rondaan ketika itu. Apa yang membuatkan ramai netizen terhibur adalah pocong tersebut diarahkan untuk terus melompat walaupun telah ditahan polis. Haa.. itulah nakal sangat!

Video pocong itu tular di laman sosial dan meraih pelbagai respon netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut. 



Sementara itu, Harian Metro melaporkan kumpulan remaja terbabit insaf dan berjanji tidak akan mengulang perkara sedemikian. Bahkan, mereka berasa malu kerana ditahan polis sebelum cuba menyakat orang kampung dengan pocong palsu tersebut. 

"Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini kerana sudah serik selepas ditahan polis," ujar remaja tersebut

Malah pihak polis juga menasihati mereka supaya elakkan bergurau sedemikian kerana boleh mengakibatkan orang terkena serangan jantung. - CARI

4

Bagus
18

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 24-1-2018 02:01 PM

amboiiiii nakallll nyaa...
Quote nisako 24-1-2018 02:34 PM
hishhhhhhh mmg x de kerje la ni...................
Quote Artemesiaa 24-1-2018 02:46 PM
Kan dah mendapat jangan nakal2 lagi lepas ni harapnya
Quote tetiberjer 24-1-2018 02:51 PM
hahahaha teringat dulu, abg abg aku dengan jejiran buat mcm ni mlm2.. vonggok betul
Quote Burong_Hantuk 24-1-2018 02:59 PM
ADUH CHUMILNYA
Quote RatuDunia94 24-1-2018 04:02 PM
Apesal muka pocong tu mcm muka Faiz Roslan?
Quote HS357 24-1-2018 04:06 PM
terhibur?nakal?ni semua kebodohan. bkn hiburan, bkn kenakalan
Quote aleesyasofia 24-1-2018 04:34 PM
RatuDunia94: Apesal muka pocong tu mcm muka Faiz Roslan?


hahaha.. iols tgk pon mmg mcm faiz roslan.. ingtkn btul la.. rupanya org lain..
Quote cewekbopot 24-1-2018 05:12 PM
kah kah kah
terhibur aku tgok kat 999 mlm tadi

Quote batu kikir 24-1-2018 10:21 PM
Boys will be boys.
Nakal? Biasalah. Kalau tak nakal.......jadi Sajad pulak.
Tapi biasanya yang nakal nilah yang jadi orang one day.........
Contoh........kawan2 aku.
Ada yang jadi Doktor Pakar (smoker sama dengan aku masa form 4/5 dulu), prof  (kena public caning masa sekolah dulu)......macam2.
Quote Jorja 24-1-2018 11:11 PM
Pocong tu menakutkan ke? Lembiknya orang takut pocong
Quote azimodin 25-1-2018 10:41 AM
buatnya yang disakat tu kena heart attack, menangis x berlagu ramai2.
Quote aqissa 31-1-2018 11:38 PM
Hehehe... kena denda... tu lah..nakal lgiiiiiii

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.096482 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top