CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perkampungan Ini Digelar Antara Tercantik Di Dunia, Namun Unik Tiada Akses Jalan Raya!

26-1-2018 12:01 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 10573| Komen: 27|Original author: Oleh: Faizal

Siapa sangka di negara barat pun masih terdapat perkampungan yang 'rare' iaitu tiada langsung akses jalan raya. 


Perkampungan hijau ini dikenali sebagai Giethoorn yang terletak di Belanda dan merupakan destinasi yang sangat tenang dan juga romantik. 

Paling unik, seperti dikatakan kawasan ini tidak mempunyai jalan raya. Akses utama ke kawasan sekitar perkampungan ini adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki. Memang rare betul, kan?



Lokasi menarik ini terletak di tengah-tengah Belanda iaitu kira-kira 90 km dari ibu negara, Amsterdam dan 110km dari Rotterdam serta The Hague. 


Ramai yang menggelar perkampungan ini sebagai ‘Venice of Netherland’ dan termasuk di antara 10 perkampungan tercantik di dunia.


Mengikut sejarahnya, perkampungan ini mula-mula dibuka pada tahun 1230 oleh sekumpulan pelarian dari wilayah Mediterranean. 

Jika dilihat dengan namanya sendiri, Giethoorn bermaksud tanduk kambing yang diambil dari perkataan asalnya Giytenhorn.  


Keindahan perkampungan yang memukau

Bandar yang begitu unik ini menjadikan Giethoorn sebagai salah satu tarikan pelancongan yang sangat popular. 

Pelancong yang datang ke sini pasti begitu teruja bila melihat keindahan lanskap alam sekitar yang melatari setiap sudut ruang di sekitar bandar ini.


Antara aktiviti yang menarik yang paling popular di sini ialah canal tours. Para pelancong berpeluang menikmati pemandangan sekitar dengan menaiki bot-bot kecil melalui terusan air sepanjang 4 batu yang berlatarkan pemandangan indah rumah-rumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18.

Pengunjung boleh menyewa bot kecil yang mampu memuatkan empat atau lima orang dan boleh dikemudikan sendiri atau menyewa bot yang lebih besar dan mempunyai pemandu pelancongan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang desa ini.

Dikatakan penduduk di desa ini kebanyakannya adalah warga emas dan mereka sangat ramah dan tidak sombong.


Selain aktiviti-aktiviti outdoor seperti berbasikal dan canal tours, tarikan pelancongan lain antaranya ialah adanya muzium yang mempamerkan mengenai sejarah kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun yang lalu serta dapat melihat kerja-kerja penghasilan tembikar secara tradisional dan kereta antik.


Walaupun perkampungan itu kecil, ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gereja, sekolah, perpustakaan, mesin ATM dan pasar raya. 

Terdapat banyak cafe yang boleh menjadi pilihan pengunjung untuk menikmati hidangan dan minuman sambil bersantai menghirup udara segar.



Selain itu, jika tiba musim sejuk, air di dalam terusan sejauh 4 batu ini akan membeku dan menjadi tempat yang menarik untuk aktiviti meluncur ais. Wow! Menariknya! - CARI 

5

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • aunisofia

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 26-1-2018 12:42 PM
CAntiknyaaa!!! Kalau pegi ni mesti rasa xnak balikkk!
Quote lil_sparky 26-1-2018 12:49 PM
Best gila klo dpt p
Quote ahlisihircute 26-1-2018 01:18 PM
Cantiknya...
Quote meisapoya 26-1-2018 02:20 PM
Cantik {:spot
Quote Oroi8887 26-1-2018 02:34 PM
Cantiknya.. klu dpt pegikn best
Quote Artemesiaa 26-1-2018 03:09 PM
Memang cantik selalu dapat liputan pelancongan sebab keunikannya
Quote Minami2013 26-1-2018 03:16 PM
Cantik nya... moga ada rezeki dpt tgk dgn mata sendiri...
Quote Iema5008 26-1-2018 04:28 PM
Bucketlist aku utk hujung tahun ni....
Quote msdummy.2018 26-1-2018 06:13 PM
cantiknyaaa
Quote maplesue 26-1-2018 09:27 PM
Sangat cantik
Quote uori 26-1-2018 10:13 PM
nengok pun dah rasa tenang...
Quote de_ikea 27-1-2018 02:30 PM
Citer mokcun ada pernah berlakon kt sini. Tp uols jgn tanya episod berapa dan bila. Iols pun tertengok dan melekat sbb cantik sgt those houses.  
Quote sherry70 27-1-2018 04:29 PM
Netherlands ni  memang best .suka dgn suasana d sana   mau d Amsterdam or luar Ams
Quote sherry70 27-1-2018 04:32 PM
de_ikea replied at 27-1-2018 02:30 PM
Citer mokcun ada pernah berlakon kt sini. Tp uols jgn tanya episod berapa dan bila. Iols pun terteng ...

yg Mak Cun to d Zannse Schans  kalau tak silap bab perasan view nya  sama .saya pun  naik basikal d sana mcm mak cun juga haaaa.   d  situ tourist area   crowded  la..
Quote de_ikea 27-1-2018 04:59 PM
sherry70 replied at 27-1-2018 04:32 PM
yg Mak Cun to d Zannse Schans  kalau tak silap bab perasan view nya  sama .saya pun  naik basikal  ...

Oh ye ke. Mungkin juga. Cuma iols rasa lain. I hv been in zaanse zhans (abaikan ejaan salah) for few times. Pandai jugalah selok belok celah tu. They still have small road dan takde boat access til door step mcm ni. I jugak pernah pergi a kg like this yg satu bot satu rumah tp tu dlm 30 mins drive dr Amsterdam. Yg ni lg cantik. Tp mungkin je iols salah. Iols tgok mokcun tu sbb terpesona je.
Quote moonbug 28-1-2018 10:04 PM
Ya ampun, cantiknyaaaaa. OK nak letak dlm bucket list
Quote acikbajuhijau 28-1-2018 11:02 PM
Teringin nak pegi...
Quote Bantalkuning 28-1-2018 11:11 PM
Cantiknya{:run
Quote nisako 29-1-2018 10:56 AM
cantiknye..............

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057034 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top