Setiap ibu bapa pastinya risau apabila bayi mereka jatuh sakit apalagi sekiranya itu merupakan pengalaman pertama mereka menimang cahaya mata.
Begitu juga dengan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui turut bimbang setiap kali bayinya jatuh sakit. Terbaharu, Sheikh Muszaphar memberitahu salah seorang anak kembarnya iaitu Adam telah demam dan selesema, sementara seorang lagi Noah sihat seperti biasa. Menurut Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beliau tidak tahu dari mana penyakit itu dijangkiti.
Sheikh Muszapahar turut berkongsi tip yang dilakukan untuk merawat bayinya yang baru berusia enam bulan itu tanpa sebarang pengambilan ubat. Berikut merupakan tip yang diamalkan: 1.Tanggalkan baju bayi "Dengan suhu yang tinggi iaitu 38 hingga 39 darjah selsius, anda perlu tanggalkan baju bayi dan hanya memakaikannya dengan lampin sahaja." 2. Tuala basah "Letakkan tuala basah ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu mereka." 3. Guna 'koolfever' "Biasanya saya akan menggunakan 'koolfever' ke atas badannya sepanjang malam." 4. Demam campak atau 'chickenpox' "Dalam masa yang sama perhatikan jika ada sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan bayi anda. Biasanya ruam demam campak atau 'chickenpox' akan keluar selepas masa lima hari demam panas." 5. Asingkan dengan adik-beradik lain "Ibu bapa perlu bersabar ketika merawat anak yang sakit dan cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain." 6. Teruskan susuan ibu "Ibu perlu terus menyusukan bayi yang demam." Sheikh Muszaphar turut memberitahu, selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari, anaknya pulih dari demam tanpa mengambil sebarang ubatan. Semoga bermanfaat!-CARI |
9
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangadek replied at 25-1-2018 05:41 PM
i pun buat benda yang sama...part tanggalkan baju tu betul.. tambah satu lagi tips ibu perlu cuti un ...
de_ikea replied at 26-1-2018 12:03 PM
Skrg sheikh muzaffar dah mcm mr mama. All time dgn anak2. Tp iols inspired jugak dgn early educatio ...
cmf_jeangrey replied at 5-4-2018 09:54 PM
Kan..byk masa dia dgn baby then byk bg speech motivasi sersta tempat..so bila masanya dia pi bedah ...
HannahMontana replied at 25-1-2018 02:24 PM
salah besar yg nombor 1 itu
ADVERTISEMENT