TELUK GADUNG – Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam.
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut. Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama. Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.
Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian. Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan. Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis. Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. |
9
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lavajeans posted on 29-8-2013 08:20 PM
Tempat wa blajar ni...sura hujung...
jonlabu posted on 29-8-2013 08:34 PM
Lu ka yg dok dating atas batu pantai teluk lipat tu?
Laporan terkini kes buang bayi di Dungun, pihak Polis melaporkan bahawa lokasi kejadian adalah di Loji Kumbahan Kolej Redang, UITM Dungun.
Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan itu ditemui oleh seorang juruteknik yang menjalankan penyelenggaraan di loji berkenaan.
Siasatan awal memaklumkan bahawa mayat bayi berkenaan cedera dan tengkoraknya pecah.
Menurut Dr Klinik UITM, bayi berkenaan telah meninggal lebih kirang 48 jam yang lalu.
Mayat bayi berkenaan dipercayai masuk ke dalam kumbahan melalui saluran najis berukuran 8 inci dari tandas asrama.
Tapisan pelajar akan dibuat dgn dibantu oleh pihak UITM.
Mayat bayi di bawa ke Hospital Dungun umtuk pemeriksaan lanjut.
~boolean posted on 29-8-2013 08:28 PM
disebabkan jadi kat uitm, tunggu ajalah komen2 bingai yang cari peluang mengutuk melayu atau uitm..: ...
ADVERTISEMENT