Menjadi ibu bapa adakalanya pening untuk memilih sekolah yang terbaik untuk anak-anak. Boleh dikatakan, ibu bapa hari ini begitu mengambil berat akan pendidikan dan masa depan anak-anak. Jadi, tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak di sekolah ternama dan membayar yuran yang mahal sejak di bangku tadika lagi. Ini kerana ramai yang beranggapan, jenama sekolah tadika yang terkenal dan yuran yang mahal adalah sekolah yang terbaik dari segi silibus pembelajaran, persekitaran, keselamatan dan sebagainya selain lokasinya yang dekat dengan kediaman atau tempat bekerja. Bagaimana pun, kisah yang tular di laman facebook milik Aishah Kamal ini sedikit sebanyak dapat membuka mata ibu bapa agar berhati-hati memilih sekolah untuk anak-anak dan tidak hanya percaya kepada jenama sekolah yang terkenal. Apa yang pihak pengurusan dan tadika Brainy Bunch Taman Pelangi lakukan kepada anak-anaknya benar-benar membuatkan dirinya kecewa.
Sepatutnya seorang guru perlu ikhlas dan sabar mendidik malah pihak pengurusan juga perlu bertanggung jawab dan sentiasa memantau guru-gurunya. Normal la kalau tadika yang mahal-mahal tu hanya jual jenama bagi menarik ibu bapa menghantar anak-anak mereka sedangkan pembelajaran tidak terlalu ditekankan. Tapi tak semua tadika Brainy Bunch macam itu, mungkin hanya Brainy Bunch di Taman Pelangi sahaja. |
MyNameIsIris replied at 26-1-2018 12:16 PM
@melatibiru
ADVERTISEMENT