CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiwa Bergolak, Kurang Keyakinan Diri Punca Cemburu Buta

26-1-2018 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2760| Komen: 5

"Dari sudut psikologi, individu mengalami cemburu melampau ini jiwanya sentiasa bergolak, 
tidak tenang dan berperang dengan diri sendiri."


Pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata sedemikian ketika mengulas mengenai kes dera dan bunuh membabitkan pasangan cemburu yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, lapor BH Online.

Menurutnya, kurang keyakinan diri dan kepercayaan antara faktor memicu perasaan cemburu buta yang mengundang konflik. Lebih parah, kegagalan mengawal tingkah laku boleh mengakibatkan tragedi.

Tambah Mohammad Shatar, kelemahan itu memberi kesan terhadap psikologi yang boleh merangsang seseorang menjadi agresif secara lisan atau fizikal.


Foto: BH Online/Tribune News


Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, masalah memburuk apabila tiada persefahaman atau kurang interaksi antara pihak terbabit.

Akibatnya, individu menyalahkan diri sendiri, membandingkan kemampuan, imej termasuk fizikal serta dalaman dengan pihak ketiga.

"Pelbagai emosi timbul, antara lain marah, derita, takut, sedih dan geram sehingga mengalami kemurungan serta boleh terdorong melakukan serangan fizikal yang membawa kecederaan atau tragedi seperti kematian," katanya. - CARI

12

Bagus

Marah
1

Terkejut
19

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jolijo 26-1-2018 06:37 PM
Iyolah Dato
Quote sekngucing 26-1-2018 06:48 PM
jabatan agama serbu org khalwat tu.. sebab cemburu buta ka
Quote Jorja 26-1-2018 10:30 PM
Kalau nak bandingkan diri.. banding dgn orang yg lebih susah dari kita. Supaya bsyukur
Quote jolijo 27-1-2018 02:38 PM
mmg pun.. tak pyh banding2 org, tak pyh menyeleweng jugak
Quote ChildrenOfBodom 27-1-2018 09:40 PM
laki gemok boroi hitam busuk mestilah rasa kurang keyakinan diri bila bini bergedik dgn jantan lain yang hensem

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.048773 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top