CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengunjung Pasar Raya Histeria Kerana Nutella! Ingat Malaysia Je Macam Ni

26-1-2018 05:26 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6677| Komen: 32|Original author: Oleh: Ain

Nutella? Siapa sahaja tak suka sapuan coklat dan hazelnut itu kan? Boleh dikatakan ramai tergila-gilakannya!




Ya, ia digilai ramai hingga boleh 'histeria' orang dibuatnya apabila pasar raya memberi diskaun 70 peratus. Anda pun akan histeria apabila makanan kegemaran yang dijual agak mahal diberi potongan hingga tiga suku dari harga asal.

Tengook saja video ini, pengunjung di sebuah pasar raya di Perancis berebut-rebut nak dapatkan Nutella. Sampai terjerit-jerit dia punya berebut. Dahsyat betul!



Memetik Mirror, media Perancis Le Progres menyifatkan pengunjung terbabit kelihatan seperti 'sekumpulan haiwan' yang membuat kecoh di sebuah pasar raya.

"Ketika itu, ada wanita yang ditarik rambutnya, malah ada yang berdarah tangannya. Mengerikan!"
kata seorang pengunjung.

Menurut pengurus pasar raya itu, sebanyak 600 jar Nutella 'lesap' hanya dalam masa lima minit!


Keadaan itu menyebabkan beberapa pasar raya terpaksa melimitkan jumlah Nutella yang boleh dibeli kepada tiga jar sahaja bagi setiap pembeli.

Menurut laporan, mereka terpaksa meminta bantuan polis bagi meredakan keadaan huru-hara itu.




Foto: Mirror

Keadaan kucar-kacir itu tercetus sebaik sahaja harga Nutella jatuh dari 3.95 British Pound (RM22) kepada 1.40 British Pound (RM8).

Sebuah kedai kecil di Saint-Chamond mendakwa 300 stok Nutella mereka habis dijual dalam masa 15 minit sahaja!

Macam zombie nak makan orang! Bila agaknya produk makanan mahal-mahal di Malaysia nak jatuh harga seperti ini, kan? - CARI
15

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-1-2018 05:48 PM
Sama je dimana2 negara pasti ada aje je species cam ni apa nak heran
Quote drivethru 26-1-2018 05:48 PM
Aku x suka nutella. Tapi aritu makan kat turki, sedap gila.
Quote chazey 26-1-2018 05:58 PM
Takda yang nak kecam depa caprut pprt ke?

Eh lupa lak check, bod kongsi tular rupanya. Ingatkan CI. :
Quote myakayina 26-1-2018 06:05 PM
baru je beli semalam kat 99speedmart..jar yg kecik tu..rm8.. nak buat banana nutella toast..
Quote Victorioussss 26-1-2018 06:08 PM
Dulu feveret.
Tapi lepas tau belambak gula dia letak dan mnyk sawit dia pakai, hazel dalam tu sikit je sebenarnya, i terus stop beli
Quote Oroi8887 26-1-2018 06:27 PM
Mcmni pon ada
Quote jolijo 26-1-2018 06:36 PM
HAhah lawak gila penangan nutella
Quote CrowneGlory 26-1-2018 06:38 PM
Kokesen pprt...ingat sini je ramai sakai nutella
Quote meisapoya 26-1-2018 06:48 PM
Nut for nutellaaa {:hooray
Quote CiliPadiSedap 26-1-2018 06:52 PM
pakcik akak dulu pernah dpt nutella rm 4 sebotol tahun 2012, xpasti original atau clone? sbb dia beli kat kaki lima warehouse
Quote merrissa 26-1-2018 07:14 PM
ntah la x minat aku nak makan nutella ni...wpon jual murah
Quote Konahhh 26-1-2018 07:40 PM
Nasib kat oversea, kalau dekat dah lama konah serbuuuuu
Quote SecretLuv 26-1-2018 10:31 PM
Teruk betul perempuan tu. Siap bawak beg besar lagi sebab nak borong Nutella. Patutnya awal-awal diaorang dah kena limitkan 2 jar je boleh beli.
Quote sepesen01 26-1-2018 10:52 PM
Gula,gula dan gula semedang..
Quote RatuDunia94 26-1-2018 10:57 PM
Entahlah somehow iols rasa nutella ni overrated!
Quote kamilaa 27-1-2018 06:59 AM
Sampai histeria di buat nya dasat
Quote meya 27-1-2018 10:02 AM
Kat Malaysia sebotol dekat RM32.++.  Selalu beli time promotion.  Asik beli beli sampai anak pun dah tak heran dah.  So now try yang brand JW pulak ...
Quote CardiGans85 27-1-2018 11:46 AM
Tgk Giada kitchen show dl, dia ade tunjuk resepi buat hazelnut spread. Guna hazelnut yg dah d sangai or slow cook dlm oven, condensed milk, coco powder/or chocolate bar yg telah d cairkan n esen vanilla. Chop hazelnut dl n lps tu semua bahan td letak dlm food processor.

So, bila da buat br la tau mcmana byk gula/minyak ada dlm nutella.
Quote lasagnaklcc 27-1-2018 04:40 PM
Cerita kat france. Tapi guna pound. Konpius mak.

Anyway aritu beli yg 750g harga dlm rm15 kat france pon dah rasa murah.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top