CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulut Ayam Ala Thai Yang Terasa Kecur Di Mulut – Jom Bikin Sendiri

29-1-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11919| Komen: 15|Original author: Oleh: Azza Rai




Kalau sebut pulut kuning ayam rendang – memang ramai yang pernah menikmatinya. Maklumlah ia biasa dihidangkan ketika majlis kesyukuran atau perkahwinan.

Tapi pernahkah anda menikmati Pulut Ayam?
Kalau orang di sebelah utara dan Pantai Timur mungkin tahu sekaligus merasai kesedapannya, kerana ia berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Tapi bagaimana anda yang berada di negeri lain?




Pertama kali menikmatinya, tak sangka sedap pula kombinasi pulut, ayam dan ada taburan bawang goreng bersama sos manis. Wangi…

Jadi nak rasa kesedapan pulut ayam ni, kenalah bertandang ke sana. Sekali rasa mesti nak ulang lagi.

Tapi kalau dah tak sempat nak ke sana, boleh saja buat sendiri. Jom kita lihat resipinya.



PULUT AYAM THAI
Bahan-bahan:
Ayam sebelah (campur2 dalam 8 ketul)

Bahan A: (Ditumbuk halus)
-5 ulas bawang putih
-2 tangkai akar ketumbar 
-1 sudu teh lada hitam
-1 sudu teh lada putih (lada sulah)

Bahan B:
-1½ sudu besar gula
-3 sudu kicap cair 
-¼ sudu teh garam
-¼ cawan air
-½ tepung beras (ini letak akhir masa nak goreng)

Bahan C:
-½ cawan bawang merah

Bahan D:
-2 cawan Beras Pulut Susu

Cara-cara:

1)    Tumbuk semua Bahan A dan gaulkan dengan ayam sehingga sebati.

2)    Masukkan semua Bahan B KECUALI tepung beras. Gaul sampai rata. Boleh tutup ayam dengan plastic wrap lalu masukkan ke dalam chiller selama 4jam (lagi lama lagi sedap) 

3)    Sementara itu, rendam beras pulut.

4)    Buat bawang goreng sendiri supaya ia lebih sedap. Selepas siap keringkan atas kertas dan gaul dengan sedikit garam.
5)    Pulut yang direndam tadi kukus dalam 40-45minit saja.

6)    Sementara itu, keluarkan ayam dari chiller. Masukkan tepung ubi, gaul rata dan goreng.
7)    Siap untuk dihidang.



Sedap hingga menjilat tulang. Rasa pun sama saja macam beli.
Nak senang, beli saja sos Thai sebagai pelengkap. Harga di kedai pula antara RM6 hingga RM9 sepinggan.

Lagi jimat boleh makan 1 rumah! - CARI 

Kredit : Kak Nim

25

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 29-1-2018 01:07 PM
I love pulut. Sedapnye nampak.
Quote dubuk 29-1-2018 01:12 PM
dubuk suka pulut sedapnyaaaa
Quote pearl.silver 29-1-2018 03:08 PM
Klu aym goreng siam tu merah2 sikit kn
Mula2 mkn pulut ayam ni mcm pelik sikit..
Sbb mkn ngn sos je
Tp lama2 dah biasa sedap gila plak
Quote maitang 29-1-2018 04:17 PM
last sekali tu ayam salut ngn tepung beras kan bukan tepung ubi kan
Quote RatuDunia94 29-1-2018 04:18 PM
ayamnya digoreng dgn tepung ubi la yer..
Quote drivethru 1-2-2018 06:20 PM
Sedap nyer pulut ayam hatyai. Suka bawang goreng tu.
Quote abangadek 1-2-2018 06:42 PM
biase je rase dia... iols lagi suka mkn pulut kuning dgn rendang ayam
Quote JerryJemima 1-2-2018 10:56 PM
Mana satu yg betul ni. Atas tulis tepung beras, kt bwh tukar lak jadi tepung ubi
Quote sapasapa 14-5-2021 05:57 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote sparkly 13-6-2021 10:49 PM
Ok sedap boleh try
Quote sunnylicious 25-7-2021 10:27 PM
aku tak reti makan pulut dgn ayam goreng ni. kalau pulut dgn kari or rendang onzzzz
Quote epal37 26-7-2021 09:16 PM
Sedap..blh try ni
Quote sheshelia 27-7-2021 02:01 AM
Sedapnyaaaaa
Quote Groovykid 27-7-2021 02:47 AM
Sedapnya pulut ayam thai..... tq for sharing
Quote MissVixen 27-7-2021 07:53 PM
Sedapnyaaa. Pulut tu cicah somtam sambil makan dengan ayam goreng.. rindu betul nak roadtrip ke thailand. Cepat la hilang covid

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.166351 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top