|
Malang tak berbau apabila seorang pekerja kilang maut selepas kepalanya tersepit di dalam mesin pengisar kertas yang sedang dibaikinya.
BERNAMA melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kilang kertas di Simpang Ampat, Pulau Pinang, kira-kira jam 4.15 pagi, semalam. Ketika kejadian, Tan Hong Seng, 52, sedang membaiki mesin pengisar kertas berkenaan bersama rakan sebelum tersepit, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abdul Samad. "Mangsa dipercayai tersepit ketika sedang membuka plet mesin pengisar yang rosak itu dan secara tiba-tiba mesin itu berfungsi secara automatik dan menyebabkan kepala lelaki itu tersepit di situ.
"Pihak bomba dengan bantuan pekerja kilang itu mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya. Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. - CARI
|
|
6
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
10
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
5
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.364079 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.