Selalu yang biasa kita dengar mi udang, mi rebus, mi goreng dan mi bandung. Namun pernahkah anda mendengar nama menu atau merasai mi sotong?
Makanan yang kami nak ketengahkan kali ini bukan mi sotong biasa-biasa, malah disumbat dengan telur lalu diberi nama Mi Sotong Sumbat Telur! Bagi penduduk Ipoh atau Kampar, Perak mereka cukup bertuah kerana boleh menikmati semangkuk mi sotong pada bila-bila masa di Kelapa Leleh Kampar. Selain mi sotong anda boleh pesan laksa, shell out dan jangan lupa juga pesan kelapa leleh. Memang ngam rasanya! Bagi yang tinggal di luar kawasan, jangan hampa. Anda pasti bertemu jodoh dengan kelazatan Mi Sotong Sumbat telur ini suatu hari nanti! Harga sepinggan Mi Sotong Sumbat Telur hanya RM10.90. Berbaloi dengan jumlah dan saiz sotong yang bakal mengisi perut anda ditambah pula dengan kesedapan dan kepekatan kuah mi sotong. Ia pasti berbaloi! Kepuasan perut dan poket anda dijamin sepenuhnya! Lokasi: 1. Kampar: Depan Masjid Kampar 2. Ipoh: St.18 Ipoh (belakang Maybank) Waktu Operasi Kedua-Dua Kedai: 2 petang - 12 tengah malam (Isnin Cuti) Untuk info lanjut sila hubungi 011-13006720 (Pn.Farlina) atau boleh ikuti laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/kelapalelehhhkampor/ Moh le kita ke Perak! -CARI
|
17
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT