CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Merawat Tapi Membunuh, 8 Orang Doktor Paling Kejam Pernah Wujud Di Dunia

30-1-2018 05:06 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 4281| Komen: 2|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Seorang doktor semestinya berhati mulia dan sangat ehsan terhadap kesemua pesakitnya. Mereka juga telah bersumpah yang akan menolong orang tidak mengira tempat dan masa. Namun ianya tidak berlaku kepada doktor-doktor yang berikut kerana mereka kejam dan ada yang daripada mereka gila harta sehingga menjadi penjenayah. Ramai para pesakit mereka yang maut setelah pengatahuan dalam bidang perubatan mereka telah disalah guna. Mari kita lihat apakah kekejaman mereka lakukan.



1. John Bodkin Adams

Sumber: medicalbag.com
Seorang doktor yang bertanggungjawab terhadap 160 pesakit ini berasal dari British. Antara pesakitnya dalam kalangan warga emas dan kematian mereka berlaku dari tahun 1946 sehingga 1956


Oleh kerana harta, Dr Bodkin Adams telah berkelakuan seperti perompak bertopengkan seorang doktor dimana 132 mangsa tadi meninggalkan sejumlah besar harta mereka kepada doktor ini. Ternyata wasiat itu dipercayai ditulis oleh Adams sendiri. Walau pun telah dihadapkan banyak kali ke mahkamah tetapi akibat kekurangan bukti Adams tidak pernah disabitkan kesalahan. Sangat licik! Sehingga mati beliau melakukan perbuatannya yang terkutuk ini.

2. Shiro Ishii

Nampak macam Wak Doyok, tapi bukan
Sumber: dirkdeklein.net
Dalam peperangan Sini-Jepun, seorang ahli mikrobiologi yang dikenali sebagai Shiro Ishii merangkap leftenan General dalam unit peperangan biologi tentera Jepun. Doktor ini memulakan penyelidikan pada tahun 1942 dengan mendedahkan orang awam kepada penyakit membawa maut seperti wabak dan antraks.

Tidak cukup dengan itu, Doktor Shiro Ishii ini juga bertanggungjawab terhadap serangan strok dan jantung yang dirangsang, pengguguran secara paksa dan pelbagai cara untuk mematikan beribu-ribu orang yang lain. Doktor ini telah ditangkap selepas perang dunia kedua dan namun diberikan kekebalan kerana pengetahuannya dalam bidang perubatan.

3. Jayant Patel

Sumber: independent.co.uk
Antara tahun 2003 dan 2005, seorang doktor dikenali sebagai "Death Doctor" atau doktor kematian dipercayai bertanggungjawab terhadap 87 kematian. Jayant Paetl adalah seorang pakar perubatan yang bekerja dari Amerika Syarikat yang berasal dari India. Doktor Jayant juga pernah berkhidmat di Australia selepas berkhidmat di Amerika Syarikat tidak lama selepas itu. Kesemua kematian itu adalah disebabkan ketidakcekapan dan kurang pengetahuan.

Patel didakwa kerana telah melakukan pembedahan yang tidak sepatutnya kepada pesakitnya dan kadangkala 'mencuri' pesakit doktor lain. Selalin memalsukan dokumen, dia juga dituduh membunuh beberapa pesakit dan dihukum penjara selama 7 tahun.

4. Walter Freeman

Sumber: medicalbag.com
Doktor ini telah melakukan pelbagai pembedahan lobotomi dan mempunyai semangat untuk menyempurnakan teknik purba itu sehinggakan dia melakukan lebih 20 lobotomi sehari, demi ilmu perubatannya . Namun selepas beberapa kematian pesakitnya, dia kemudiannya dilarang mempraktikkan lobotomi. Dia pernah membenarkan media untuk menyaksikan pembedahan itu terhadap 3, 500 pesakit.

Ahli neurologi ini dikenali sebagai Walter Freeman dan telah menukar profesion kepada pakar perubatan yang terkenal dengan kegilaan pembedahan lobotomi iaitu pembedahan pemotongan serat-serat lobus otak.

5. H. H. Holmes

Sumber: chicagoganghistory.com
Doktor yang berkelulusan dari Sekolah Perubatan Michigan ini dilahirkan sebagai Herman Mudgett yang menjadi antara pembunuh bersiri yang terawal pernah direkodkan dalam sejarah Amerika. Dr Henry Howard Holmes ini pernah mencuri dan mencacatkan mayat semasa pengajiannya dan mendakwa kematian itu berpunca dari kemalangan untuk menuntut sejumlah insurans.

Setelah itu, Holmes berpindah dan menubuhkan hotel di Chicago dimana segala kekejamannya dilakukan di situ. Ramai dilaporkan hilang selepas menginap dihotel itu. Rupa-rupanya dia menyiksa dan membunuhnya dalam ruang bawah tanah di hotel itu. Rata-rata mangsa adalah golongan wanita dan pernah membuat model rangka menggunakan kepingan daging mayat. Setelah didapati bersalah, beliau dihukum gantung dapa tahun 1897. Bayangkan anda sedang bercuti dalam hotel itu... Gila betul!

6. Josef Mengele

Sumber: all-that-is-interesting.com
Perang dunia kedua telah membawa pelbagai peristiwa pahit kepada warga kem tahanan Aushwits. Disana terdapat ramai doktor yang kejam seperti Doktor Josef Rudolf Mengele yang dikenali sebagai "Malaikat Maut" atas kekejamanya. Beliau berkhidmat dalam ketenteraan atas arahan setelah tamat pengajian dalam unit Waffen SS.

Semua jenayahnya diselindungi atas nama eksperimen itu dilakukan setelah dilantik sebagai pegawai perubatan dalam kem tahanan Aushwitz. Antara khidmat yang pernah dilakukannya adalah seperti pengkudungan, terapi renjatan, pemandulan dan pelbagai suntikan serum. Pesakit yang terselamat? Mungkin sedikit kerana jumlah kematian lebih banyak dari yang hidup. Untuk mengelak ditangkap selepas perang, beliau telah lari ke Amerika Selatan.

7. Harold Shipman

Sumber: bizarrepedia.com
Seawal perkhidmatan doktor dari Britain ini pada tahun 1974, beliau telah membunuh lebih 200 pesakit. Segala aktivitinya hanya dapat dibongkar pada tahun 1998 selepas ramai doktor mendapati peningkatan kadar kematian dalam kalangan pesakit mereka.

Pada tahun 2000, dia telah didakwa atas kematian seramai 15 orang dan pelbagai kes pemalsuan dokumen wasiat. Pada tahun 2004 beliau telah membunuh diri selepas menerima hukuman penjara seumur hidup dengan cara menggantung diri.

8. Marcel Petiot

Sumber: all-that-is-interesting.com
Di Perancis, doktor ini adalah pembunuh bersiri dan telah membunuh lebih kurang 60 nyawa yang tidak berdosa. Selepas menjalani latihan praktikal di sebuah hospital mental, beliau telah membuka kliniknya sendiri. Tuduhan kontrolversi seperti pengguguran haram dan menjual ubat-ubatan tambahan telah menjadi kontrolversi olehnya.

Ternyata beliau tidak terlepas dari tindakan undang-undang kerana dia telah ditangkap juga. Bau busuk dan asap dikesan dari rumahnya dan pihak polis menemui bahagian tubuh manusia yang sudah dibakar. Petiot dipenggal kepalanya pada 25 Mei 1946 selepas terbukti bersalah. -CARI
12

Bagus
22

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangadek 30-1-2018 11:22 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun takottttt
Quote Tapayana 31-1-2018 04:56 PM
lobotomy tu betul2 berkesan ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034780 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top