Perayaan Tahun Baru Cina akan menjelang tak lama lagi. Kebiasaannya sebelum perayaan, McDonald’s akan mengeluarkan burger lazat mereka iaitu Burger Prosperity.
Burger daging yang dicurah dengan sos lada hitam dan bawang Holland sememangnya digemari ramai. Tapi apa kata kali ini anda buat sendiri burger prosperity anda. Tentu lebih bersih, yakin dan sedap kalau anda buat sendiri! Jom kita cuba resIpi yang dikongsi Encik Amie Samuri. Gerenti sedap! Resipi Roti Burger 400gm tepung roti / hp flour 100gm tepung gandum
50gm gula halus 7gm garam halus 7gm yis 1 biji telur 27gm lemak sayuran/shortening 5gm RFB atau 4gm bread softener atau apa2 pelembut roti 280 -290ml air sejuk Uli hingga elastik, bentukkan timbang 60gm dan perap hingga naik dua kali ganda. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 25 minit hingga masak. Kalau anda malas nak buat roti, beli saja di kedai Resipi Daging Burger Daging kisar Bawang Holland dadu halus Sebiji telur Bread crumb Lada hitam Garam Sos Lea and Perrins Campur semua dan panggang Resipi sos lada hitam 2 sudu besar Sos tiram 2 sudu besar Kicap kipas udang manis Gula perang Kiub ayam Lada hitam tumbuk kasar 1 sudu besar mentega Tepung jagung dan air untuk memekatkan sos Pelengkap Cendawan panggang Hirisan bawang holland Memang banyak bahan dan langkah resepi kali ini. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati dan berbaloi-baloi! Selamat mencuba! -CARI
|
12
Bagus |
8
Marah |
20
Terkejut |
6
Sedih |
17
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT