CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Terkejut, Hati-hati Bila Nak Beli Makanan Ini!

8-2-2018 10:10 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 5151| Komen: 4|Original author: Oleh: Zailina

Bila nak beli, jarang kita belek bahan-bahan pada paket makanan terutama snek. Rupa-rupanya ada bahan tak Halal untuk orang Islam, jangan tak tahu! 

Mungkin ditulis 'natural flavours' (perisa semula jadi) tapi tak mustahil ia Castoreum atau bahan dari dubur memerang. Kadangkala aditif ini digunakan bagi menggantikan vanila. Label makanan seringkali mengelirukan, jadi berwaspadalah.

Roti dan 'bagels' mengandungi asid amino L-cysteine, yang digunakan sebagai agen pelembut. L-cysteine diperolehi daripada rambut manusia atau bulu ayam, dan digunakan dalam produk berjenama. Antara perniagaan yang mengaku menggunakan L-cysteine termasuklah Lender's, Einstein Bros., McDonald's dan Pizza Hut (jika status Halal sudah ada, tiada masalah).


Foto: thebagelshoppefishkill


Candy (gula-gula,  gula-gula getah dan sebagainya) mengandungi gelatin, sejenis protein diambil dari kolagen dalam tulang, kulit atau tisu lembu atau khinzir. Ia digunakan sebagai agen pemekat atau penstabil dan boleh didapati dalam beraneka gula-gula, gummy candies dan Starburst chews. Kebanyakan gula-gula merah mengandungi pewarna ekstrak kering serangga Coccus cacti. Bahan ini dicatat sebagai carmine, cochineal atau asid carminic.


Foto: avenuecalgary

Jell-O diketahui memang mengandungi gelatin, jadi orang Islam carilah Jell-O yang diperbuat dengan agar-agar yang datangnya dari sejenis rumpai laut (algae).

Marshmallows juga menggunakan gelatin. Sila baca dengan teliti bahan-bahannya. Jika gelatin (bovine) dari sumber lembu, manakala gelatin (porcine) adalah dari khinzir. Kita tak tahu sama ada lembu telah disembelih secara Islam atau sebaliknya, kecuali jika ada tanda Halal. Marshmallow boleh dibuat sendiri dengan serbuk agar-agar.  


Foto: crmbusiness

Sesetengah jenama kekacang seperti Planters 'dry roasted peanuts', juga mengandungi gelatin kerana ia membantu garam dan rempah-ratus melekat pada kacang. 

Cip kentang berperisa keju mungkin mengandungi kasein, whey (bahan sisa dari proses pembuatan keju) atau enzim binatang yang tidak Halal. Sila baca bahan-bahannya sebelum dimakan, ya. 


Foto: todayifoundout

Gula dari tebu secara semula jadi tidak putih. Jadi, pengilang menambah 'bone char' (tulang lembu) dengan tujuan memutihkan gula (proses penapisan). Ia mungkin ditulis sebagai 'natural charcoal' (arang semula jadi). Gunakan gula organik yang tidak diputihkan dengan bahan itu atau dapatkan gula yang ada tanda Halal.


Sos Worcestershire, sila baca sebelum beli, ya.

Sos Worcestershire kadangkala mengandungi cuka wain dengan kandungan alkohol yang sedikit, dan status Halalnya diragui. Begitu juga dengan cuka balsamik, cuka wain merah, putih yang difermentasikan daripada wain (anggur yang diperam). Cuka yang dihasilkan dari pemerapan semula jadi tanpa ditambah wain adalah Halal. 


Jangan ambil mudah apa yang kita makan, tau. Tengok status Halal dan baca bahan-bahan supaya lebih yakin. - CARI
11

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 8-2-2018 10:19 AM
hello editor...kalo diikutkan..sos worcheshire tu sama je dengan budu kelantan..cuma diaorg budu versi english laa....buat dari ikan..

nak dikatakan pasal alkohol tu..cili jeruk,tapai pulut,tuak kelapa pon ada alkohol jugak...
Quote Artemesiaa 8-2-2018 12:19 PM
Periksa je dulu labelnya sebelum beli kalau was2 dengan bahan yang digunakan tak perlu beli
Quote cmf_Kimmy 8-2-2018 01:09 PM
baru2 ni nak  beli Gherkin dengan mustard  pun jenuh dok baca bahan2nya, ada yg letak alkohol, ada yg letak bahan yg tak pernah dengar.
Quote noni165 8-2-2018 01:49 PM
aduh..buat mak stress lagi la..mcm2 la makanan utk perhatian kanak2 terjual skrg ni..susah la nk larang anak beli atau makan..seboleh2nya mmg xnak bagi la.semoga anak2 x jadi apa2 la.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.205015 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top