CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Basuh Buah Sebelum Dimakan Kalau Tak Nak Jadi Seperti Wanita Ini!

1-2-2018 10:36 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 7706| Komen: 16|Original author: Oleh: Norlili

Pernah tak anda terserempak dengan spesies manusia yang suka mencuba buah terutama anggur sebelum dibeli ketika di pasar raya? Tanpa dibasuh terlebih dahulu, sekadar lap-lap sahaja, lalu terus 'ngap'. Kadang-kadang, dengan anaknya disuap sekali.



Foto: sobadsogood.com

Ibu kepada dua anak ini, Anna Gilmour, 39, menderita penyakit tropika yang jarang-jarang berlaku iaitu kanser usus akibat tabiat memakan buah tanpa dibasuh terlebih dahulu.  



Bermula dengan penurunan berat badan dan cirit birit teruk, dia didiagnos dengan penyakit Giardiasis iaitu jangkitan kuman di perut, namun berakhir dengan kanser usus yang serius. Kejadian itu disedari selepas najisnya kelihatan tidak normal seperti biasa.



Keadaannya bertambah teruk apabila dia tidak boleh makan apa-apa kecuali bubur kosong, jika tidak beliau akan mengalami kesakitan bahagian bawah badan dan cirit-birit yang melampau. Dia juga mengalami pendarahan ketika membuang air besar. 

Selepas lebih dua tahun menjalani rawatan kimoterapi dan pembedahan, Anna kini sudah sembuh hasil daripada tindakan pantasnya mendapatkan rawatan sebaik menyedari kewujudan simptom penyakitnya itu.


Foto: Dailymail.co.uk

Nampak macam remeh, tapi buah-buahan dan sayur-sayuran yang tak dibasuh dengan bersih boleh mengundang penyakit Giardiasis dan lebih teruk, ia boleh menular menjadi kanser yang boleh menyebabkan kematian. 

Bahaya betul kan, entah berapa banyak racun serangga pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan setiap hari kalau diabaikan aspek kebersihannya. - CARI 

18

Bagus
9

Marah
17

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Qaseemah 1-2-2018 01:32 PM
Penyakit bawaan parasit giardia lamblia.. Parasit ni memang hidup pada sayuran dan buahan..
Quote Artemesiaa 1-2-2018 03:29 PM
Sebab tu kena pastikan sayuran dan buah-buahan dibasuh dengan bersih sebelum dimakan.  Sedangkan yang baru dipetik tu pun tetap akan dibasuh dulu baru dimakan inikan yang dijual dipasaraya.
Quote jazaa100 1-2-2018 05:19 PM
sbb tu aku tak pernah nak  mkn klu org jual buah suruh rasa.....
aku tanya je, manis tak....
mcmana bersungguh pun dia suruh rasa, aku buat donno je....
Quote haryatie 2-2-2018 09:49 AM
sebab tu la kena basuh bersih2 dulu baru dimakan
lagi pun geli la..terus masuk mulut..
ntah apa yg ada kat buah2 tu..
dgn racun serangga nya, ntah da berapa banyak tangan kotor yg pegang, habuk lagikk iishhh..


Quote Jorja 2-2-2018 08:41 PM
Basuh sejam bersih bersih pun tak guna kalau basuh guna air aja. Kalau nak lagi selamat curah buah tu dengan air panas mendidih nanti pastu nampak lah perubahan buah tu pucat aja bila wax da hilang... tapi kalau I.. I suka beli sabun cuci botol baby plus sekali utk cuci sayur buah tu... my fav jenama pureen
Quote gigahertz 7-2-2018 07:02 AM
Jorja: Basuh sejam bersih bersih pun tak guna kalau basuh guna air aja. Kalau nak lagi selamat curah buah tu dengan air panas mendidih nanti pastu nampak lah ...
pureen ru bukan ada bahan kimia ke
Quote krustykrab 7-2-2018 08:58 AM
kalau buah yg lembut mcm mana korg basuh ek? mcm strawberry, anggur
Quote mieymiey 7-2-2018 09:57 AM
I selalu cuci ala kadar jer, terus ngap
Quote bbalik 7-2-2018 11:34 AM
krustykrab replied at 7-2-2018 08:58 AM
kalau buah yg lembut mcm mana korg basuh ek? mcm strawberry, anggur

basuh jugak
lalukan air
pastu telan
Quote krustykrab 7-2-2018 11:36 AM
bbalik replied at 7-2-2018 11:34 AM
basuh jugak
lalukan air
pastu telan

i mean kalau nak boh atas kek tu, korg basuh mcm mana? sbb strawberry tu kan jenis yg cpt lembik bila kena air
Quote crozencoklat 27-2-2018 02:34 PM
krustykrab replied at 7-2-2018 08:58 AM
kalau buah yg lembut mcm mana korg basuh ek? mcm strawberry, anggur

mesti basuh sebab rasa kesat je kat anggur tu..lagi satu untuk kebersihan sebab kita tak tahu apa benda dah melekat pada buah-buahan tu..contoh habuk,kuman.  tu belum lagi kalau pekerja tak pakai sarung tangan, pegang bagai..heheheh
Quote crozencoklat 27-2-2018 02:38 PM
krustykrab replied at 7-2-2018 11:36 AM
i mean kalau nak boh atas kek tu, korg basuh mcm mana? sbb strawberry tu kan jenis yg cpt lembik b ...

nak bagi maintain buah stroberi supaya segar, rendam dengan air garam..first, basuh bersih2, lepas tu rendam dengan air garam..biar 10 minit mcm tu, toskan je..final, letak dalam bekas dan disimpan ke dalam peti ais..so xkn jd mslh bila diletakkan ke atas kek,terus ngap cmtu je
Quote krustykrab 27-2-2018 02:54 PM
crozencoklat replied at 27-2-2018 02:38 PM
nak bagi maintain buah stroberi supaya segar, rendam dengan air garam..first, basuh bersih2, lepas ...

tahan lama tak? sbb dah direndam dlm air tu

Quote Cyempaka 27-2-2018 02:57 PM
aku siap basuh dengan cuka la air garam la. kalo anggur guna tepung. tengok orang dok share kat fb.
xbleh makan kalo xbasuh. geli. pelik tengok orang selamba je cubit buah kat pasaraya/pasar malam terus masuk mulut.
secara spontan akan tersebut eiiii
Quote crozencoklat 27-2-2018 03:13 PM
krustykrab replied at 27-2-2018 02:54 PM
tahan lama tak? sbb dah direndam dlm air tu

in shaa Allah tahan lama..tak da lebam2 da..senang hehehe
Quote fishcracker 7-3-2018 12:19 PM
Iol cuci lalukan dengan air je..kalau anggur iol tabur tepung gandum n biar 10 minit..pstu bilas bersih

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.202447 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top