|
Anda tak silap baca. Betul tu, tak salah lagi. Rumah di perkampungan ini dijual dengan harga 1 Euro (RM4.82). Jika anda ada perancangan nak bercuti ke Itali, apa kata anda pindah sahaja dan beli rumah di sana! Selalu mengadu rumah dan kos hidup di Malaysia ni mahal kan? Inilah masanya untuk anda mulakan langkah baru!
Terdapat 200 rumah batu yang penuh bersejarah di Ollolai, Sardinia yang memerlukan pemilik baru. Walau bagaimanapun kesemua rumah ini memerlukan pemulihan yang ketara. Setiap pemilik hendaklah memberi komitmen dalam pembersihan dan baik pulih selama 3 tahun. Kos baik pulih mungkin boleh mencecah sehingga 25,000 USD menurut CNN.
Inisiatif jualan rumah-rumah ini diharap dapat mengekalkan sejarah bandar ini yang makin pudar dan mengembalikan populasi yang telah menurun daripada 2250 orang ke 1300 dalam jangka masa 50 tahun yang lepas. Menurut Datuk Bandar, Efisio Arbau, jualan rumah di sini mendapat permintaan dari seluruh dunia dan 3 unit telah pun dijual. Bagi anda yang ada pasang cita-cita nak beli rumah di luar negara boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut: https://casea1euro.it/ollolai-informazioni/ Rasa macam dalam filem Under the Tuscan Sun, bukan? -CARI |
|
6
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
6
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.512227 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.