Bengang terlalu kerap ditanya 'bila nak kahwin', seorang lelaki nekad mebunuh jirannya yang sedang sarat mengandung. Pemuda yang dikenali sebagai Nunur, 28 membunuh lis Aisyah di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.
Detik.com melaporakan, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumah, sebelum lis yang melintas di depannya menasihatinya agar segera berkahwin. Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, “Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’.Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek.” Disebabkan merasa terhina, Nunur datang ke rumah mangsa sebelum dipelawa masuk ke ruang tamu tanpa mangsa mengesyaki apa-apa. Walau bagaimanapun, semasa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah tersebut, Nunur terus menolak mangsa ke atas katil. Mangsa dicekik sehingga mati walaupun sebelum itu cuba melawan dengan menggigit jari suspek. “Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria. Suspek melarikan diri Suspek seterusnya melarikan diri ke Kalideres, Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesannya lalu ditangkap. Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain. -CARI
|
14
Bagus |
12
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MeghanK replied at 31-1-2018 01:11 PM
acik2 ngan pakcik2 bawang, jaga2 ye..jangan sibuk nak gosip pasal jiran tetangga je
ChildrenOfBodom replied at 31-1-2018 01:37 PM
selayaknya lah utk kaki kepochi hanat... kt mesia pon ramai acik kepam mcmtu tak padan berlakikan b ...
ultra78 replied at 31-1-2018 02:34 PM
Baru aje nak tanya...
jazaa100 replied at 31-1-2018 02:36 PM
Bangga kan dapat berlaki....
pastu hina org yg tak kawin tak laku.....
Suchi replied at 31-1-2018 01:29 PM
Mcm mmg nk merompak je.. kalo sebab sentap apasal sampai g curi duit org tu bagai..
So nk salahkn m ...
MeghanK replied at 31-1-2018 02:58 PM
rumah uols kat mana..jaga2 uols, nanti iols g cekik uols
ADVERTISEMENT